Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (légal) IB halal (perbuatan dll) di sisi undang-undang, sah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata legal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan yang manakah paling tepat untuk digunakan? a. medicolegal b. medico legal c. medikolegal d. mediko legal Contoh ayat - Mesyuarat tersebut melibatkan pegawai-pegawai dari Cawangan Medico Legal. - Aduan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti klinikal, medicolegal, pengurusan, teknikal dan aduan integriti. Terima kasih (",)Padanan bagi istilah medicolegal dalam bahasa Melayu ialah medikolegal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah22.06.2024
Tuan, Istilah "legal obligation" - bolehkah ia diterjemah sebagai "kewajipan undang-undang"? Terima kasih.Boleh tuan.Lain-lain24.09.2018
Tuan, apakah perkataan yang sesuai untuk jawatan "Legal Associate"? Sekian.Cadangan padanan bagi istilah legal associate dalam bahasa Melayu ialah pengamal undang-undang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.07.2024
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'other legal disability'? Sekian, terima kasih.Terjemahan yang sesuai bagi "other legal disability" ialah kecatatan lain-lainMakna25.08.2020
Minta pertolongan bagi terjemahan jawatan -Senior Legal Advisor- ke dalam Bahasa Malaysia. Adakah Penasihat Kanan Undang-Undang, Pegawai Undang-Undang atau Pegawai Perundangan?Senior Legal Advisor diterjemahkan sebagai Penasihat Kanan Undang-undangEjaan24.07.2002
Tuan, apakah perkataan yang sesuai untuk jawatan "Senior Vice President Group Legal & General Counsel​"? Sekian.Cadangan kami bagi jawatan "Senior Vice President Group Legal & General Counsel​" ialah Timbalan Presiden Kanan Undang-undang Kumpulan dan Penasihat Undang-undang.
 
Tuan boleh merujuk Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)  untuk terjemahan bahasa Melayu yang lebih tepat  jika padanan yang kami cadangkan tidak bersesuaian dengan konteks tuan.

Penyemakan dan penterjemahan17.07.2014
Saya ingin kepastian mengenai terjemahan ini: (Legal Due Diligence - Kaedah Penilaian Undang-Undang) Adakah terjemahan diatas tepat? Terima kasih.Pihak DBP mencadangkan terjemahan bagi perkataan  “Legal Due Diligence” ialah "usaha wajar dari segi undang-undang" atau "penilaian wajar dari segi undang-undang" bergantung pada konteks penggunaannya dalam ayat.Lain-lain08.11.2021
Salam sejahtera, Molehkah 'legal address' diterjemahkan sebagai 'alamat sah' atau 'alamat undang-undang'? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Penggunaan bidang undang-undang/perundangan. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Cadangan terjamahan yang sesuai bagi legal address ialah alamat sah.Makna17.01.2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Saya pembantu penyelidik UPM yang menjalankan kajian mengenai sosialisasi perundangan . Saya ingin bertanya mengenai daftar Bahasa Inggeris yang ingin dialih bahasa ke Bahasa Melayu. 1.legitimacy of the law, 2.cynicism about the legal system 3.moral disengagement Legitimacy of the law - merujuk kepada ( the feelings of obligation to defer to the rules and decisions associated with legal institution and actors ) Cynicism about the legal system - merujuk kepada ( the legal system or the law is the sense in which the people are acting in ways that are outside the law and community norms and they felt that such conduct is reasonable ) Moral disengagement - merujuk kepada ( the separation of conduct from moral standards relevant to the conduct )Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1.legitimacy of the law - keesahan undang-undang 2.cynicism about the legal system - kesinisan terhadap sistem undang-undang 3.moral disengagement -pembebasan moralIstilah14.11.2016
KPDNKK telah menggunapakai perkataan "Unit Metrologi Sah" sebagai penjenamaan unit yang menguatkuasakan Akta Timbang dan Sukat 1972 dimana ini terma itu merupakan direct translation daripada bahasa Inggeris yang menggunapakai perkataan "Legal Metrology Unit".Mohon pandangan dan khidmat nasihat mengenai penggunapakai/terma yang betul bagi menggantikan perkataan "legal" samada perkataan "sah" atau "perundangan".Untuk makluman, penggunaan perkataan 'sah' adalah tidak tepat dan tidak sesuai dalam konteks penamaan sesuatu unit.Walaupun salah satu padanan Bahasa Melayu untuk legal ialah sah, perkataan perundangan adalah lebih tepat. Berdasarkan penerangan yang diberikan tentang unit ini, terjemahan bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah 'Unit Perundangan Metrologi'.Lain-lain12.10.2011
123

Kembali ke atas