Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (légar); berlegar, berlegar-legar 1. ber­gerak-gerak berkeliling, berputar, berpusing selalu: benda itu berlegar-legar spt planet di angkasa lepas; di kepalanya berlegar-legar seribu soalan; 2. banyak mengisahkan hal tentang atau menumpukan perhatian pd, hampir tertumpu pd: persoalan cerita ~ pd diri Ipin, seorang anak orang asli; 3. Mn bergilir (bekerja dll), bertukar-tukar; melegari mengelilingi: ~ Kaabah; melegarkan memusingkan berkeliling, meng­edarkan (minuman dll); legaran edaran, giliran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi kayu dipukul (pintu dipecahkan dll), degar; melegarkan mengadakan bunyi legar, menyebabkan bunyi legar: Azhar keluar ~ daun pintu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /légar/; berlegar bergerak atau berjalan berkeliling; berpusing selalu: Burung helang itu ~ saja memperhatikan mangsanya. melegari bergerak berkeliling sesuatu; mengelilingi: ~ Kaabah. melegarkan menjadikan berlegar; memusingkan; memutarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
legar
Kata Terbitan : berlegar-legar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Karung guni itu dipenuhi buah-buah durian dari dusun Pak Mail. 2)Satu karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan sedang dijalankan di pentas legar pusat beli-belah itu. Tolong betulkan.Terima kasih.1) Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail.
2) Karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan diadakan di ruang legar pusat beli-belah itu.
Tatabahasa29.06.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin meminta bantuan Tuan/Puan untuk mencadangkan padanan yang sesuai bagi perkataan "void deck." "Void deck" ialah ruang kosong dibawah pangsapuri dan biasanya digunakan untuk aktiviti komuniti penduduk. Istilah ini biasa digunakan di Singapura. Terima kasihWassalam,

Kami mencadangkan istilah "void deck" diterjemahkan kepada "Ruang Legar" yang membawa maksud "ruang yang agak luas di sebelah dalam pintu utama sesebuah bangunan, biasanya terdapat tempat bertanya, tempat menerima tamu, tempat menunggu dan sebagainya.
Penyemakan dan penterjemahan26.08.2018
Hi, I'm planning to apply a banner license at DBKl, and they asked me to send in the banner design to Dewan Bahasa to get approval. May I know which department in charged located at which floor should I go? Is there any document needed to bring? Hope to hear from you as soon as possible. Thank You. Regards.Selamat Sejahtera,

Tuan/puan,

Permohonan pengesahan iklan boleh dilakukan melalui dua cara iaitu, dalam talian (layari http://www.dbpsahbahasa.my/) dan kunjungan di kaunter DBP Sah Bahasa, Ruang Legar Menara DBP.

Terima kasih.
Lain-lain26.06.2018

Kembali ke atas