Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.ha] | ليها

Definisi : (léha) lalai, leka, lengah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leha


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sOALAN 1 Baiklah ibu, saya akan memberi kek ini kepada Mak Cik Leha. Soalan 2 Baiklah, ibu. Saya akan memberi kek ini kepada Mak Cik Leha. Soalan 3 Baiklah ibu. Saya akan Memberi kek ini kepada Mak Cik Leha. Yang manakah penggunaan ayat dan tanda baca yang paling betul?Baiklah ibu, saya akan memberi kek ini kepada Mak Cik Leha.
Tatabahasa09.05.2017
Salam. Sekali lagi saya ternampak percanggahan terhadap huraian yang diberikan oleh pihak DBP. Penggunaan kata sendi nama dalam ayat ini. 1) Mak Cik Leha sudah sampai di/ke rumahnya. Yang mana lebih tepat? Huraian pada tahun 2006 menyatakan 'di' kerana menunjukkan sudah sampai tetapi huraian 2010 pula menyatakan 'ke' tanpa penerangan. Terima kasih.Salam, 

Kata sendi yang tepat ialah Mak Cik Leha sudah sampai di rumahnya. Kata sendi  yang digunakan  adalah "di" kerana dalam konteks ayat tersebut, Mak Cik Leha telah/sudah sampai. Jika Mak Cik Leha dalam perjalanan menuju ke rumahnya (belum sampai/arah yang dituju), kata sendi yang perlu digunakan adalah "ke". Contoh ayat, Mak Cik Leha sedang berjalan menuju ke rumahnya.


Untuk lebih jelas, boleh lihat penggunaan kata sendi di dan ke di bawah ini:
Kata sendi nama "di" = digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan juga yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh lain: 1. Menanam bunga di dalam pasu. 2. Menyimpan pisau di dalam laci. 3. Melancong ke Melaka. 4. Memasukkan duit ke dalam tabung. 5. Menyimpan duit di dalam tabung.

Tatabahasa06.10.2015
Salam sejahtera, Tuan, Manakah jawaban yang tepat bagi soalan yang berikut: Ubi yang direbus oleh Mak Cik Leha sudah empuk. Pilih Perkataan berlawan bagi empuk. A keras B liat C lembik D mengkal Sekian terima kasih.Perkataan "empuk" berlawanan dengan "keras".Tatabahasa30.08.2013

Kembali ke atas