Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.ka] | ليک

Definisi : (léka) asyik (melakukan sesuatu, kpd sesuatu), lalai (oleh sesuatu), selalu (melakukan sesuatu), ralit: di laut, Hasan ~ mengail; yg buta datang berpimpin, yg pekak ~ bertanya; melekakan menjadikan leka, mengasyik­kan, melalaikan; kelekaan perihal leka atau terleka (asyik), keasyikan; peleka orang yg selalu leka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.ka] | ليک

Definisi : /léka/ lalai oleh sesuatu; asyik dgn sesuatu; lengah: Tiap-tiap petang, ia ~ dgn hobinya. melekakan menjadikan leka; mengasyikkan. kelekaan hal atau keadaan leka; keasyikan. peleka orang yg selalu leka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
leka
Rujuk :asyik

Peribahasa

Leka di kerak jarang,
     kuku habis perut tak kenyang,
burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nasi yang ditanak hangus kerana dia leka menyiang ikan. (munsyi,apakah kesalahanayat ini? TK)Ayat yang betul ialah "Nasi yang ditanak telah hangit kerana dia leka menyiang ikan."Tatabahasa07.03.2013
saya nak bezakan e pepet dan e talingDalam sistem ejaan baru bahasa Melayu, bunyi e seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka' dan bunyi dalam perkataan 'besar'. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling (e tanda) manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa28.08.2008
SELAMAT PAGI TUAN/PUAN. BAGAIMANA MENGENALI e PEPET DAN e TALING? TERIMA KASIHDalam sistem ejaan baharu bahasa Melayu, bunyi e (seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka') dan bunyi e (dalam perkataan 'besar') diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling (e tanda), manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 300.Ejaan24.08.2012
assalamualaikum saya inginkan bantuan petikan mungkin daripada hikayat malim deman " yang capek datang bertongkat, yang bisu leka bertanya ..... minta tolong berikan yang lengkap dan emilkan kepada saya. sekian terima kasih

Terima kasih atas soalan anda,

Oleh kerana keterbatasan ruang untuk menyambung perenggan dari petikan Hikayat Malim Deman, pihak kami mencadangkan agar anda terus membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sekian,Terima Kasih 

Lain-lain07.03.2010
1.Bagaimanakah caranya untuk mengenali 'e' taling dan 'e' pepet dalam satu perkataan. 2.Apakah sebutan untuk perkataan PANEL. terima kasih

1. Dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu, bunyi e seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka' dan bunyi e dalam perkataan 'besar' diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling  manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling),  o dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan.  Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

2. panel (e pepet)

Ejaan08.02.2011
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sdikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama.Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri.Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. adakah betul setiap perkataan dan ayat yang saya guna?Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama. Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikirkan secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri. Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama.Tatabahasa20.11.2011

Kembali ke atas