| Guru itu tidak disukai oleh pelajarnya kerana dia seorang yang pelekas/pelekas marah. dalam kamus dewan, pelekas ialah orang yg lekas marah. jadi untuk kata pelekas perlu ke letak pelekas marah atau pelekas sudah cukup? selain marah, apa lagi kata yang boleh digunakan utk menggambarkan pelekas? tq | Pelekas merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang yg lekas (marah, merajuk dll). Lekas ialah dlm waktu yg singkat; cepat; segera: ~ pulang kerana hari sudah senja. melekaskan membuat sesuatu supaya lekas; menyegerakan: Utk ~ kerja itu, ia mengambil seorang jurutaip lagi. memperlekas menjadikan lebih lekas. pelekas orang yg lekas (marah, merajuk dll). selekas; ~ mungkin, = selekas-lekasnya paling lekas; secepat mungkin. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
| "pantas , cepat dan laju " perkataan-perkataan tersebut ada perbezaaan? terima kasih. | Pantas: 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya;~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; Cepat: 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): angkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya ertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke ekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan ebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki erlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak ifikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; Laju: 1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg berjangkit; | Makna | 13.06.2009 |
| SATU ISTILAH YANG MELAMBANGKAN PANTAS | 1. cepat,kencang,lekas 2. cekap,cekatan,mahir,tangkas | Makna | 22.09.2008 |
| sila beritahu penggunaan cepat dan pantas.contohnya, berjalan dengan pantas atau berjalan dengan cepat. Membuat kerja dengan cepat atau membuat kerja dengan pantas.Yang mana satu ayat betul? | Cepat ialah 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; Pantas pula bermaksud 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; Oleh itu, frasa berjalan dengan cepat/pantas atau membuat kerja dengan cepat/pantas betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 10.07.2010 |
| warna yang garang. dari segi tatabahasa, bolehkah kita menggunakan perkataan garang dalam warna? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, entri garang mempunyai empat takrifan, iaitu 1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis, galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll), hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula. Berdasarkan takrifan ke-4, penggunaan garang untuk warna adalah betul. | Tokoh | 25.07.2010 |
| Saya ingin tahu makna peribahasa berikut: 1)bagai kunyit dan kapur 2)bagai cincin dan permata 3)bagai hempedu lekat di hati 4)seperti bulan dipagari bintang Terima kasih | 1.Sebagai kunyit dengan kapur. Takrif Mudah dan lekas mesra. 2. Seperti cincin dengan permata. Takrif Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin). 3.Bagai hempedu lekat di hati. Takrif Perhubungan yang sangat akrab. 4.Bulan dipagar bintang. Takrif Cocok segala-galanya. | Makna | 08.09.2009 |
| Tolong bagi jawapan kepada berberapa simpulan bahasa berikut. Saya dah cari dalam "carian kata" tapi tak jumpa. simpulan bahasa tersebut adalah :- lepas angin, lepas geram, berat otak, berat badan, berat masa, beri tangan terima kasih | 1. sia-sia belaka 2. berbuat sesuatu untuk melepaskan perasaan 3. risau, susah hati . hamil; malas 5. menolong; memikul 6. berat mata(bukan berat masa)-lekas mengantuk | Lain-lain | 06.05.2008 |
| Adakah betul untuk menggunakkan ungkapan capai hati? Terima kasih | Ungkapan capai hati tidak terdapat dalam data kami. Dalam Kamus Dewan, capai bermaksud ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dengan menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dengan, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, memikat (hati dll): dengan bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yang bersahaja itu, tetapi dengan bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (sesuatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya untuk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu menerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yang sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh. | Tatabahasa | 16.09.2013 |
| maksud perkataan terunggul, terbilang, unggul | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud terbilang ialah 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyak nya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang; manakala perkataaan unggul bermaksud melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa, terutama: dia seorang ahli olahraga yg ~; ahli sains yg ~;. Oleh itu, perkataan terunggul tidak perlu digunakan. | Makna | 02.06.2009 |
| "Untuk membuat ikan wadik, ikan perlu diperam bersama-sama garam sekurang-kurangnya selama sebulan". Adakah "diperam" atau "diperap" lebih sesuai dalam konteks ini? Menurut Kamus online, "peram" lazimnya dipakai untuk penyimpan buah-buahan supaya masak. "Perap" pula memang boleh merujuk daging, ikan dan sebagainya, tapi mengikut fahaman umum, biasanya dipakai dalam konteks masakan. | Salam sejahtera, Dalam konteks tersebut, memeram atau diperam adalah lebih sesuai kerana takrif bagi memeram ialah "menyimpan (buah-buahan, ikan dan lain-lain) dalam tempoh yang agak lama setelah dibungkus, dilumurkan dengan garam, ditaburkan bahan kimia dan sebagainya supaya lekas masak, sebati, lebih sedap dan sebagainya." Sila dapatkan kamus terkini terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020 untuk rujukan kosa kata yang lebih luas dan tuntas. | Makna | 16.11.2025 |