Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lék.si.kal] | ليکسيکل

Definisi : (léksikal) (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa; makna ~ makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lék.si.kal] | ليکسيکل

Definisi : /léksikal/ ist bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa; makna ~ makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leksikal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud leksikal.bagaimanakah makna dapat dilihat melalui aspek leksikalBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, leksikal bermaksud 'berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Makna leksikal bermaksud 'makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaaannya dalam ayat dan sebagainya).Makna08.10.2011
huraikan perubahan makna yang berlaku pada leksikal 'mohon',dan leksikal 'saujana, '. kaitkan perbincangan dengan konsep semantik seperti perluasan makna, penyempitan makna,sintagmatik,paraigmatik, kolokasi, konteks dan juga hubungan makna dengan kebudayaan.Soalan saudara melangkaui skop khidmat nasihat bahasa, sila rujuk buku yang berkaitan. Terima kasih.Tatabahasa07.08.2008
lexical neighborhood density - dalam Glosari Linguistik Korpus, kata istilah sasar bagi "lexical density" ialah "ketumpatan leksikal". Soalan saya, dalam konteks istilah "lexical neighborhood density" secara spesifik, adalah ia kekal begitu atau lebih sesuai menggunakan istilah "kepadatan leksikal"? Bagi keseluruahn istilah "lexical neighborhood density" pula, adakah menjadi "ketumpatan kejiranan leksikal" atau "kepadatan leksikal bersebelahan"? Apakah istilah yang sesuai untuk menggantikan perkataan "neighborhood"? Adakah perkataan "kejiranan" sebagaimana direct translation atau perkataan "bersebelahan" bagi contextual translation? Atau adakah PRPM telah mempunyai istilah rasmi dalam bahasa Melayu bagi istilah lexical neighborhood density?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah lexical neighborhood density ialah ketumpatan kelompok leksikal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.Istilah19.04.2026
1.Apakah maksud leksikal? 2.Bagaimana pengunaannya serta bolehkah sertakan contoh-contohnya sekali?Leksikal  ialah perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau sesuatu bidang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 10.Makna22.02.2008
1) MAKSUD WACANA 2) BINA CONTOH WACANA YANG MEMPERLIHATKAN HUBUNGAN DARI ASPEK SIMANTIK, LEKSIKAL, GRAMATIKAL, FONOLOGIS. 3) MAKSUD-SIMANTIK,LEKSIKAL,GRAMATIKAL,FONOLOGIS BERSERTA CONTOH DAN AYAT BAGI SETIAP ASPEK DI ATAS1. Wacana bermaksud i. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; ii. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; iii. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato). 2. Semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata, leksikal bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, fonologi berkaitan kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Untuk perbincangan yang lebih mendalam sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan.Tatabahasa08.12.2008
maksud lestikal, konotasi, denotasi, kolokasi, polisemi, humonim, implisit, eksplisit dan semantikMenurut Kamus Dewan, leksikal bermaksud bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Contoh ayat : Makna leksikal merupakan makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). Konotasi pula merupakan asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat. Denotasi pula ditakrifkan sebagai makna eksplisit sesuatu perkataan, lwn konotasi. Pengertian kedua untuk denotasi ialah hubungan semantik antara satuan bahasa dgn benda (simbol dll). Kolokasi - hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dgn yg lain dlm satu susunan (mis dlm ayat). Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pengertian kata yang dikemukakan, mohon agar saudara membuat rujukan pada Buku Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna07.10.2007
DEFINISI BAGI LESIKAL,KONOTASI,DENOTASI,KOLOKASI,POLISEMI,HOMONIM,KETAKSAMAAN,IMPLISIT,EKSPLISIT,SEMANTIK LINGUISTIK,SINONIM,MAKNA LITERALMenurut Kamus Dewan, leksikal - (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, atau (makna leksikal makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). Konotasi pula bermaksud asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna06.08.2007
apakah konotasi untuk leksikal 'besar'?Léksikal (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa;  makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). T.kasih.Makna11.08.2008
huraikan sistem fonologi, morfologi dan leksikal bahasa melayu sekarang ini adalah kesan dari pertembungan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian dari bidang ilmu yang mempelajari bahasa, iaitu linguistik. Tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik.  Morfologi bermaksud kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan. Fonologi bermaksud kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tentang lingusitik seperti Asas Linguistik dan Linguistik Moden.Tatabahasa31.12.2016
Boleh jelaskan dengan terperinci kepersisan makna,ketaksaan leksikal dan struktur dalam tatabahasa serta dengan contohnya"Kepersisisan makna" ialah perihal (keadaan) persis, kete­patan, kejituan makna; "ketaksaan" ialah idea yang memberikan lebih daripada satu makna dan meninggalkan ketidakpastian atau keraguan tentang maksud sebenar yang ingin disampaikan. Bagi membantu, puan boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP). Terdapat banyak bahan rujukan yang boleh diperoleh berkaitan perkara ini. Puan juga boleh membuat rujukan pada majalah-majalah terbitan DBP atau membuat rujukan di perpustakaan IPT atau Perpustakaan Negara Malaysia.Makna03.02.2014
1234

Kembali ke atas