Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : layang-layang; ®layang I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj ikan laut, layang-layang, Trichiuridal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Anacardiaceae, sepul, layang-layang (Sabah), upi (Sarawak), Parishia spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 rajah yg bentuknya spt bentuk layang-layang. 2 layang-layang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelayang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat-ayat yg berikut manakah betul mengenai penggunaan kata ganda separa tunggal? Tolong terangkan. Terima kasih. (1)tetamu I Tetamu-tetamu II Kedua-dua orang tetamu III Kedua-dua orang tetamu-tetamu IV Banyak tetamu (2)kekuda I Kekuda-kekuda II Empat batang kekuda III Banyak kekuda (3)tetulang I Tetulang-tetulang II Banyak tetulang III Dua batang tetulang besi (4)jejentik I Terdpt banyak jejentik / jentik-jentik di dlm akuarium II Banyak jentik III Jejentik-jejentik IV Sekumpulan jejentik / jentik-jentik muncul di dalam kolam V Sekumpulan jejentik-jejentik (5)sesiku I Sesiku-sesiku II Banyak sesiku III Dua batang sesiku L (6)kekabu I Banyak pokok kekabu II Kekabu-kekabu III Lima batang pokok kekabu (7)tetupai I Dua buah tetupai II Tetupai-tetupai III Banyak tetupai (9)lelangit I Banyak lelangit II Lelangit-lelangit III Lelangit rekah (10)lelayang I Banyak lelayang / layang-layang II Lelayang-lelayang III Dua lelayang / layang-layang bertebangan (11)lelabi I Banyak lelabi II Lelabi-lelabi III Menangkap seekor lelabi / labi-labi (12)pepijat I Dua ekor pepijat tilam II Pepijat-pepijat tilam III Banyak pepijat tilam (13)rerama I Banyak rerama / rama-rama bertebangan II Rerama-rerama III Dua ekor rerama / rama-rama IV Rerama-rerama

Penggandaan separa  ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.

Contoh Penggandaan Separa Kata Tunggal:

laki - lelaki
pohon - pepohon
gelang - gegelang
tikus - tetikus
siku - sesiku

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Apakah maksud “pepasu”? Saya tidak dapat mencari perkataan ini dalam kamus.
Salam sejahtera,

Kata pepasu tergolong dalam kata ganda separa, iaitu kata ganda yang hanya mengulangi suku kata pertama kata dasarnya, biasanya terdapat perubahan vokal, dan lazimnya. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa yang lain ialah
 kekisi, lelayang, bebutang, pepasu, tetikus, tetupai, jejari, kekuda, pepatung dan bebola.

Kata ganda separa ada yang membawa maksud tunggal, misalnya tetamu, kekuda, tetikus, dan ada yang membawa maksud jamak, misalnya pepohon dan dedaun

Hasil carian dalam Internet, terdapat beberapa contoh penggunaan pepasu namun kekerapan penggunaannya agak rendah. Antara contoh penggunaannya:

1. Bila dah kahwin ni tak larat nak angkat pepasu tu semua pindah ke rumah mak mertua...
2. Biar dia letak pepasu itu kat rumah dia.
3. Pepasu banyak itu hari... tinggal hat nie jaa...


Berdasarkan beberapa contoh tersebut, pepasu boleh diandaikan membawa maksud jamak, iaitu pelbagai jenis pasu atau banyak pasu.


Sekian, terima kasih.
Makna19.01.2025

Kembali ke atas