Apakah padanan maksud masterclass bagi ayat ini: "Masterclass harta tanah lelong" | "Masterclass” dalam ayat "Masterclass harta tanah lelong" bermaksud “kursus atau seminar yang disampaikan oleh pakar dalam industri hartanah”. | Makna | 13.09.2024 |
Mengenail pasti kesalahan kata dan tatabahasa dalam ayat; Pihak pengurusan pusat beli-belah itu sentiasa mengadakan jualan lelong barang-barang terpakai untuk mengambil perhatian orang ramai. | Ayat yang betul ialah "Pihak pengurusan pusat beli-belah itu sentiasa mengadakan jualan lelong barangan terpakai untuk menarik perhatian orang ramai". | Tatabahasa | 29.10.2018 |
1. Bagaimanakah mengkategorikan kosa kata kepada kosa kata umum dan kosa kata istilah ? 2. Kosa kata berikut , yang manakah merupakan kosa kata umum atau kosa kata istilah ? promosi, lelong, stok, kaunter, troli, bangga dan prihatin. Sekian, terima kasih. | Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik. Contoh yang saudara berikan ialah kosa kata umum yang lazimnya digunakan dalam konteks umum (tidak dikaitkan dengan mana-mana bidang ilmu). Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum. | Makna | 20.08.2015 |
Salam sejahtera. Tuan, bolehkah tuan memberitahu saya kosa kata yang berikut yang mana satukah kosa kata istilah dan yang mana satu ialah kosa kata umum? Kosa kata seperti harga promosi, stok, harga lelong, kaunter, troli, bangga dan prihatin. Bagaimanakah kita hendak membezakannya. Sekian terima kasih. | Contoh yang saudara berikan ialah kosa kata umum yang lazimnya digunakan dalam konteks umum (tidak dikaitkan dengan mana-mana bidang ilmu). Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum. | Tatabahasa | 28.04.2013 |