Tuan, yang manakah ejaan yang betul? (1) berterus-terang atau berterus terang (2) lemah-lembut atau lemah lembut (3) terang-benderang atau terang benderang terima kasih. | Ejaan yang betul ialah berterus terang, lemah lembut dan terang-benderang. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
maksud lemah gemelai | Lemah gemalai bermaksud gerak badan yang berliuk-liuk yang elok. | Makna | 18.09.2009 |
Badannya menjadi lemah selepas makan makanan yang dibelinya dari kantin. Pilih perkataan seerti bagi perkataan LEMAH A.kuat B.cergas Mana jawapan yang betul dan mengapa? | Perkataan kuat dan cergas bukan perkataan seerti dengan lemah tetapi merupakan perkataan berlawan. Harap sdr dapat jelaskan soalan sdr. sama ada perkataan seerti atau berlawan. | Tatabahasa | 07.03.2007 |
Salam sejahtera. Sehubungan dengan frasa adjektif ‘...lemah dengan tiba-tiba’, yakni dalam ayat ‘Badannya lemah dengan tiba-tiba’, adakah kata ‘dengan’ merupakan kata hubung pancangan? Andai kata ‘dengan’ itu kata hubung pancangan keterangan cara, adakah ayat itu ayat majmuk pancangan. Pertanyaan ini saya ajukan kerana dalam soal jawab yang bertanggal 18 November 2018, saya difahamkan bahawa ‘dengan’ dalam frasa ‘berbelanja dengan cermat’ merupakan kata hubung. Sekian, terima kasih. | Menurut buku Tatabahasa Dewan, perkataan “ dengan” ialah kata sendi nama yang membawa maksud bersama-sama atau berserta. Dalam ayat “Badannya lemah dengan tiba-tiba”, ayat ini ialah frasa adjektif dan “dengan” di sini membawa maksud unsur keterangan, iaitu keterangan cara bagi kata adjektif lemah. | Tatabahasa | 21.11.2018 |
As salam tuan di talian, Betulkan penggunaan perkataan memperbaiki atau perbaiki dalam ayat di bawah. 1. Cikgu Salina meminta Salman agar memperbaiki karangannya yang lemah itu. atau 2. Saya akan perbaiki karangan saya yang lemah ini. Sekian terima kasih dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. | 1. Cikgu Salina meminta Salman agar memperbaik karangannya yang lemah itu. 2. Saya akan baiki karangan saya yang lemah ini. | Tatabahasa | 01.10.2014 |
Usaha untuk membantu murid yang lemah terus ______ tanpa mengenal erti putus asa. a. diperhebat b. diperhebatkan apakah jawapan bagi soalan ini? Sila berikan penjelasan. Terima kasih. | Usaha untuk membantu murid yang lemah terus diperhebat tanpa mengenal erti putus asa. | Tatabahasa | 28.04.2014 |
"Aku berubah menjadi lebih baik. Daripada/dari perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut." Tuan, yang manakah betul? Dari atau daripada? | "Aku berubah menjadi lebih baik. Daripada perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut." | Tatabahasa | 25.06.2012 |
Pengunaan perkataan teguh: Teguh ingatan - betul atau salah penggunaannya | Mengikut Kamus Dewan teguh bermaksud tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dan lain-lain). Sinonim bagi teguh ialah kukuh: kuat, utuh, dan stabil. Teguh berantonim dengan lemah">lemah. Maka istilah teguh ingatan tidak digunakan, sebaliknya istilah yang digunakan ialah kuat ingatan dan kukuh ingatan. | Istilah | 11.03.2014 |
bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan bagi negara kita. namun, pada masa kini kedudukan bahasa melayu semakin tergugat dengan pelbagai sebab. soalan saya: 1. mengapakah pelajar Melayu sendiri masih lemah dalam penguasaan bahasa Melayu di sekolah? 2. Mengapakah bahasa Melayu semakin lemah? 3. Apakah cara-cara untuk memartabatkan kembali bahasa Melayu? sekian, terima kasih. kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. | Saudara, Pertanyaan saudara memerlukan pembacaan dan penyelidikan kepustakaan. Kami mencadangkan saudara membuat rujukan di perpustakaan di tempat saudara atau di Pusat Dokumentasi Melayu. | Lain-lain | 29.07.2009 |
Tuan, Saya ingin bertanya berkenaan urutan perkataan berikut : 1. Cemerlang 2. Baik 3. Memuaskan 4. Lemah Adakah perkataan 'memuaskan' perlu diletakkan di bawah perkataan baik ataupun 'memuaskan' menunjukkan keadaan lebih daripada baik? Jawapan pihak tuan amat dihargai. | Puan Salina, Turutan kedudukan yang diberikan itu adalah betul (cemerlang, baik, memuaskan dan lemah). Terima kasih | Tatabahasa | 05.10.2010 |