Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lemak I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya ingin tahu penggunaan kata sendi yang tepat dalam ayat berikut: 1)Obesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan seseorang. atau 2) Obesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Harap dapat penjelasan daripada tuan. Terima kasihObesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Frasa sendi nama di dalam digunakan kerana badan mempunyai ruang fizikal yang boleh diketahui dengan jelas.Tatabahasa30.05.2012
1. trans fatty acid 2. sodium1. asid lemak trans 2. natriumIstilah05.11.2014
En Sulaiman, Saya dari agensi pengiklanan ingin membuat pertanyaan mengenai perkataan yang patut kami letakkan dalam iklan klien kami :- 1) TIADA UNSUR-UNSUR LEMAK BINATANG DALAM PRODUK KAMI atau 2) TIADA UNSUR-UNSUR MINYAK BINATANG DALAM PRODUK KAMI atau 3) TIADA MANA-MANA BAHAGINA BINATANG DALAM PRODUK KAMI Harap kami akan mendapat jawapan dari pihak tuan pada esok hari (Jumaat - 28/12/12). Sekian. Terima kasih. Yang benar, YatiUntuk makluman tuan ketiga-tiga ayat tersebut betul bergantung pada unsur yang hendak diketengahkan sama ada lemaknya atau lemaknya atau mana-mana bahagian yang lain.Tatabahasa27.12.2012
Salam sejahtera. Saya ingin tanya sama ada ayat-ayat di bawah gramatis: 1) Lisa pakai baju baharu. 2) Dia beli nasi lemak. Oleh sebab kedua-dua ayat ini ditulis untuk murid tahun 1, jadi kami tidak membubuh imbuhan untuk kata kerja. Tetapi adakah ayat-ayat seperti ini gramatis? Terima kasih.Ayat yang gramatis:
1) Lisa memakai baju baharu.
2) Dia membeli nasi lemak.

Tatabahasa26.01.2017
1. “Warna kereta itu sudah luntur”,”Warna kereta itu sudah sebam”. Ayat manakah yang betul? 2. “Bolehkah kamu berikan nasi lemak ini kepada Aiman?”,Mengapakah perkataan ‘berikan’ tidak boleh digantikan dengan ‘memberikan’ dalam ayat ini? 3. “Mereka balik ke kampung menaiki kereta api”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 4. “Ramai kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 5. “Paru-paru merupakan organ pernafasan kepada manusia”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 6. “Pengawal itulah yang sedang bertugas ketika itu”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 7. “Feri itu menepi ke dermaga untuk memunggah barang”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 8. “Saki-baki lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. Terima kasih.1. Ayat yang betul, "Warna kereta itu sudah luntur".

2. Ayat yang gramatis ialah "Bolehkah kamu memberikan nasi lemak ini kepada Aiman?"

3. Ayat yang gramatis ialah "Mereka balik kampung menaiki kereta api." Perkataan "balik ke" mempunyai unsur kelewahan.

4. Ayat yang gramatis ialah "Banyak kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris." "Ramai" menunjukkan suasana, manakala "banyak" menunjukkan bilangan.

5. Ayat yang gramatis ialah "Paru-paru merupakan organ pernafasan manusia." Tidak perlu perkataan "kepada" kerana perkataan "merupakan" telah menunjukkan keterangan pemilikan.

6. Terdapat pengulangan perkataan "itu" dalam satu ayat. Boleh ditukarkan menjadi "Pengawal tersebutlah yang sedang bertugas ketika itu."

7. Ayat yang gramatis ialah "Feri itu berlabuh di dermaga untuk memunggah barang."
Perkataan "menepi ke" mengelirukan.

8. Ayat yang gramatis ialah "Lebihan lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah." Perkataan "saki-baki" dalam konteks makanan membawa konotasi yang negatif.
Tatabahasa26.11.2014
Bagaimana hendak membezakan perkataan berikut: 1. mengait dan menjolok 2. banyak dan ramai 3. setempat dan tempatan

mengait

1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal.

 

  • jolok; menjolok

    1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. memancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); ~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan kandungan; ~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; b) memberi malu, menyakitkan hati; ~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya; yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk mendapatnya hilang juga;
  • banyak

    • 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak; ~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ lemak a) mempunyai atau diselaputi lemak yg banyak (bkn bahagian tubuh): alat itu digerakkan di bahagian yg ~ lemak selama kira-kira 15 minit; b) ki berkelakuan yg keterlaluan atau terlalu manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (bkn perilaku seseorang): "Sekarang kau dah ~ lemak."; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;

    ramai

    • 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (penduduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; kegemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama;
  • setempat

    1. satu tempat sahaja; 2. = setempat-setempat hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh; 3. di tempat itu sendiri: hikayat ini tersiar di daerah yg sangat luas biarpun dlm bentuk yg berlainan dan disesuaikan dgn keadaan ~;
  • tempatan

    yg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri: kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; buah-buahan ~ buah-buahan dr negera sendiri (bukan buah-buahan yg diimport); ~ hati ki buah hati, kekasih;
  •  

    Makna04.08.2009
    Hi, Saya ingin bertanya, tanda koma sebelum "yang" adakah salah? cth ayat 1. jumlah berat badan anda, yang termasuk lemak dan tulang. 2. Berikan ganjaran kepada pelajar, yang mendaftar
    Ayat pertama yang diberikan tidak gramatis dan pancangan "yang" tidak sesuai digunakan manakala ayat kedua ialah berikan ganjaran kepada pelajar yang mendaftar.
    Lain-lain11.04.2018
    Slm, Harap pihak tuan dapat mengesahkan sama ada ayat di bawah betul atau tidak? a) Sesetengah nutrien perlu dilarut oleh lemak sebelum mereka boleh doserap oleh badan. b)Asid oleik sangat baik untuk jantung dan membantu mengawal terhadap radang sendi. c)Pokok avokado mempunyai kecenderungan menghasilkan buah yang banyak pada satu-satu tahun itu dan pada tahun berikutnya akan menghasilkan buah yang sedikit pula. tqSalam,

    Ayat yang lebih sesuai dicadangkan:

    1) Sesetengah nutrien perlu dilarut oleh lemak sebelum boleh diserap oleh badan.
    2) Asid oleik sangat baik untuk jantung dan membantu mengawal radang sendi.
    3) Pokok avokado mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan buah yang banyak pada satu-satu tahun dan pada tahun berikutnya pula sedikit.
    Lain-lain25.06.2015
    Selamat sejahtera. Tolong nasihat sama ada ayat-ayat berikut betul atau salah: 1. Para penduduk bergotong-royong untuk membersihkan sungai di Kampung Selamat. *Adakah perkataan "penduduk" membawa maksud jamak? 2. Ali dan Ahmad suka makan roti canai manakala Abu suka makan nasi lemak. *Perkataan "manakala" betul penggunaannya atau perlu diganti dengan perkataan "tetapi"? Sekian, terima kasih.1. Penduduk lazimnya membawa maksud jamak, ayat yang betul penduduk bergotong-royong untuk membersihkan sungai di Kampung Selamat.
    2. Penggunaan kata hubung "manakala" dalam ayat tersebut betul.
    Tatabahasa05.04.2016
    saya nama tohiroh kipan pelajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna bungkus terimakasihMenurut data kami, perkataan bungkus bermaksud 1 penjodoh bilangan untuk sesuatu yang dibalut dengan kertas dan sebagainya: Tolong belikan saya rokok dua ~. 2 apa-apa yang digunakan untuk membalut: Apakah yang ada di dalam ~ kertas itu? membungkus membalut sesuatu dengan kertas dan lain-lain supaya tidak kelihatan: Emak saya sedang ~ nasi lemak dengan daun pisang. bungkusan sesuatu yang sudah dibungkus: Setiap ~ yang dibawa akan diperiksa oleh pihak kastam. pembungkusan perihal, perbuatan, proses dan sebagainya membungkus. pembungkus sesuatu (kertas, kain dan sebagainya) yang digunakan untuk membungkus. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=BUNGKUSMakna09.11.2015
    12

    Kembali ke atas