| mana satu betul. memanggang lemang atau mambakar lemang? | Membakar lemang | Tatabahasa | 31.08.2012 |
| IBU SEDANG ...........LEMANG UNTUK DIMAKAN PADA HARI RAYA NANTI. A. MENYALAI B.MEMBAKAR # gambar ibu sedang proses susun lemang di tepi bara api | MEMBAKAR LEMANG | Tatabahasa | 19.08.2015 |
| 1)Lenanya tiba-tiba bercambah apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar. 2)Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu. 3)Makanan traditional seperti lemang,ketupat,dan dodol merupakan makanan penyambut untuk hari raya.Tolong betulkan.Terima kasih. | 1. Lenanya tiba-tiba terganggu apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar. 2. Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu makan. 3. Makanan tradisional seperti lemang, ketupat dan dodol merupakan juadah utama yang dihidangkan pada hari raya. | Tatabahasa | 14.07.2012 |
| Salam sejahtera, Bolehkah 'dan' digunakan dua kali dalam satu ayat? 1.Makanan yang enak dan pelbagai jenis seperti sate, lemang, ketupat dan lain-lain menarik minat ramai pelancong ke Malaysia. Terima kasih. | Penggunaan dan dalam ayat tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 29.07.2019 |