Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.mas] | لمس

Definisi : tidak boleh bernafas (kerana tenggelam dlm air, kena gas, dll), sesak bernafas; mati ~ mati kerana tidak dapat bernafas; ~ fikiran tidak dapat berfikir, bingung; melemaskan menjadikan lemas: begitu tebal asapnya sehingga kalau sejam dua ia begitu tentulah ia dapat ~ manusia; kelemasan menjadi lemas: ia pun mati oleh sebab ~; pelemas; zat ~ Id zat yg berupa gas dan tidak berbau (dlm udara ada 78%), nitrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mas] | لمس

Definisi : 1. boleh dilentur-lentur (kerana lemah, lesu, dll), tidak mempunyai kekuatan, lemah, lembut; 2. halus (budi bahasa dll), lemah lembut (kelakuan); melemaskan melembutkan atau melemahkan sesuatu, menghaluskan (budi bahasa dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mas] | لمس

Definisi : tidak dpt bernafas kerana tenggelam dlm air (kena gas dll); sesak bernafas: Sudah dua orang yg mati ~ dlm kolam itu. ~ fikiran tidak dpt berfikir; bingung. melemaskan menjadikan lemas: Asap yg tebal itu telah ~ beberapa orang kanak-kanak. kelemasan menderita lemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lemas (adjektif)
Bersinonim dengan tidak boleh bernafas, sesak bernafas.,

Puisi
 

Gulai lobak ikan senangin,
     Nampak lombong mengail emas;
Ombak besar dikacau angin,
     Ikan di tepi mati lemas.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah lemas menunjukkan seseorang itu sudah meninggal dunia (drowned)? atau Adakah lemas menunjukkan keadaan seseorang itu sedang dalam proses lemas (drowning)? Contoh: Saya berjaya menyelamatkan budak yang lemas itu. (Betul/Salah?) Seorang kanak-kanak perempuan telah lemas di pantai Changi minggu lalu.

Penggunaan  kata " lemas" dalam ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

i.  Saya berjaya menyelamatkan budak yang hampir mati lemas itu.

ii. Budak perempuan  itu telah mati lemas di pantai Changi pada minggu lalu. 

Merujuk Kamus Dewan, kata lemas membawa maksud: tidak boleh bernafas (tenggelam dalam air, terkena gas dll), sesak bernafas;  contoh mati lemas.

Untuk makluman sdr, DBP ada menyediakan perkhidmatan percuma Kamus Dewan  dalam talian di Laman Web DBP.

Tatabahasa05.02.2009
Apakah istilah yang digunakan untuk pergerakkan orang yang sedang lemas dalam air( berusaha untuk menyelamatkan diri ). Adakah perkataan terkapai-kapai sesuai digunakan?terkapai-kapai - berusaha untuk menyelamatkan diri
melambai-lambai- berusaha memanggil orang lain untuk menyelamatkan daripada lemas
Tatabahasa05.09.2012
kata ganda 1.Kuih-muih itu semuanya sedap-sedap belaka.Betul atau salah. ditemui atau ditemukan 2.Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik.

Saudara,

1. Ayat yang betul ialah 'Kuih-muih itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap. 2. Ayat yang betul ialah 'Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik'. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa28.08.2009
Mengapa ayat-ayat berikut salah? a) Tolong! Tolong! Ada orang lemas di sungai! b) Majikan lebih cenderung mengambil pekerja dari kalangan pendatang asing.Ayat pertama betul dan ayat kedua dibetulkan menjadi Majikan lebih cenderung mengambil pekerja daripada kalangan pendatang asing.Tatabahasa23.11.2012
1)Para peragawan dan peragawati itu akan memperagakan fesyen ciptaan pengubah pakaian yang terkenal di Asia.2)Razak sekeluarga sudah lama meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke tempat lain.3)Gerakan mencari mangsa lemas itu akan diteruskan hingga esok pagi.(TOLONG BETULKAN JIKA ADA SALAH DALAM 3 AYAT TERSEBUT.TERIMA KASIH.)
Para peragawan dan peragawati itu akan memperagakan fesyen ciptaan pengubah (penggubah) pakaian yang terkenal di Asia.

Razak sekeluarga (dan keluarganya) sudah lama meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke tempat lain.

Gerakan mencari mangsa lemas itu akan diteruskan hingga esok pagi.
Tatabahasa12.09.2012

Kembali ke atas