ahli lembaga /lembaga | Mesyuarat Lembaga Pengarah | Lain-lain | 19.02.2008 |
Ayat mana yang lebih tepat: borang itu hendaklah dicap Lembaga Peperiksaan ATAU borang itu hendaklah dibubuh cap Lembaga Peperiksaan | Ayat yang betul ialah "Borang itu hendaklah dicap oleh Lembaga Peperiksaan." atau "Borang itu hendaklah mempunyai logo Lembaga Peperiksaan." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Perluasan makna perkataan lembaga | Dalam Kamus Dewan, Edisi Keempat lembaga ditakrifkan dengan pelbagai maksud, iaitu 1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu); 2. bentuk yg mula-mula (yang asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yang kurang jelas rupanya); 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan); sila rujuk juga Kamus Dewan Edisi Ketiga untuk mencari peluasan makna (jika ada) bagi kata lembaga. | Makna | 16.09.2009 |
1)Puan Kamariah membeli sebiji kek berperisa/berperasa coklat di kedai kek. yang manakah yang betul, berperisa atau berperasa 2) kedua-dua pengantin atau kedua-dua orang pengantin? yang manakah yang betul? 3)seekor lembaga atau satu lembaga??? 4)bagaimana cara untuk kita mengenal pasti penggunaan partikel pun sama ada serangkai atau jarak? contohnya kalaupun atau kalau pun???mana yang betul?? 5) "senantiasa" "sentiasa". yang mana yang paling tepat?? | 1. Kek berperisa coklat. 2. kedua-duanya betul. 3. Satu lembaga. 4. Ada dua cara menulis partikel pun. Partikel pun yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: apa pun;telah pun. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun dan sungguhpun. 5. Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 07.05.2013 |
Hanya sebilangan daripada ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu. MUNSYI< salam, saya pernah menanya pihak munsyi tentang sebilangan daripada, jawaban munsyi mengatakan sebilangan pelajar betul dan sebilangan daripada pelajar salah. Bagaimana pula dengan ayat ini ...Hanya sebilangan daripada ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu.(betul atau salah?) TK atas nasihat munsyi. | Frasa "sebilangan pelajar" dan "sebilangan ahli lembaga pengarah" adalah gramatis. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk fungsi kata sendi nama daripada dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 269. | Tatabahasa | 16.04.2012 |
kek berperisa oren -- adakalah ini betul? suatu lembaga -- adakah ini betul? | Jawapannya ialah kek berperisa oren, dan suatu lembaga (untuk benda yang abstrak). | Tatabahasa | 03.08.2009 |
Hanya sebilangan daripada ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu. Munsyi, saya nak kenal pasti dengan MUNSYI lagu sama asa ayat itu gramatis ? THX | Hanya sebilangan ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu. | Tatabahasa | 17.04.2012 |
huruf besar atau kecil? Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-enakman Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-majlis Tempatan 1992 | Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-Enakmen Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-Majlis Tempatan 1992 | Ejaan | 28.03.2005 |
Sekolah-sekolah kini telah menggunakan istilah BAHASA MALAYSIA berbanding BAHASA MELAYU.. akan tetapi, Lembaga Peperiksaan masih menggunakan BAHASA MELAYU.. soalan : yang mana satu penggunaan terkini ?? tq | Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa selagi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dalam Perkara 152 menyatakan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak diubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Berkenaan dengan penggunaan bahasa Melayu oleh Lembaga Peperiksaan, sila dapatkan penjelasan lanjut daripada Lembaga Peperiksaan. | Makna | 01.06.2008 |
ia sebagai kata ganti nama untuk benda dapat ke digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah? adakah ia sudah diperakui penggunaannya oleh Lembaga Peperiksaan Malsysia? | Merujuk Kamus Dewan, ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti nama diri benda yang dibicarakan. sauadara hendaklah merujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia (melalui sekolah) sama ada makna ia sebagai kata ganti nama benda diterimaatausebaliknya. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 27.06.2008 |