| Assalamualaikum dan salam sejahtera Mohon semakan bagi kenyataan yang tepat seperti berikut: i. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti;atau ii. Ahli Lembaga Pengarah - Ahli Lembaga Pengarah Universiti. Terima kasih. | Wassalam, Perkataan yang betul Ahli-ahli Lembaga Pengarah | Lain-lain | 15.05.2018 |
| Huraian “Circular Resolution” ialah didalam mendapatkan kelulusan dari Ahli Lembaga Pengarah dimana resolusi diatas sesuatu perkara diedarkan untuk persetujuan lembaga Pengarah. Ini dilakukan dimana mesyuarat lembaga pengarah tidak dapat diadakan dan keputusan lembaga pengarah diperlukan. Mohon pencerahan bagi istilah penggunaan di dalam Bahasa Melayu bagi Circular Resolution. Terima kasih. | Berdasarkan penerangan yang diberikan, kami berpendapat istilah bahasa Melayu yang sesuai ialah usul edaran. | Istilah | 30.05.2016 |
| yang mana satu ayat yang betul- dibentangkan 'ke Lembaga Pengarah' atau dibentangkan 'kepada Lembaga Pengarah'? | Frasa yang betul ialah “dibentangkan kepada Lembaga Pengarah”. | Lain-lain | 11.07.2024 |
| ahli lembaga /lembaga | Mesyuarat Lembaga Pengarah | Lain-lain | 19.02.2008 |
| Hanya sebilangan daripada ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu. MUNSYI< salam, saya pernah menanya pihak munsyi tentang sebilangan daripada, jawaban munsyi mengatakan sebilangan pelajar betul dan sebilangan daripada pelajar salah. Bagaimana pula dengan ayat ini ...Hanya sebilangan daripada ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu.(betul atau salah?) TK atas nasihat munsyi. | Frasa "sebilangan pelajar" dan "sebilangan ahli lembaga pengarah" adalah gramatis. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk fungsi kata sendi nama daripada dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 269. | Tatabahasa | 16.04.2012 |
| Hanya sebilangan daripada ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu. Munsyi, saya nak kenal pasti dengan MUNSYI lagu sama asa ayat itu gramatis ? THX | Hanya sebilangan ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu. | Tatabahasa | 17.04.2012 |
| Adakah ayat atau ejaan betul? Transaksi yang terlibat adalah sama sepertimana tahun 2015 seperti cabutan minit mesyuarat Lembaga Pengarah Kali Ke-26/2017. | Transaksi yang terlibat sama seperti tahun 2015 dalam cabutan minit mesyuarat Lembaga Pengarah Kali ke-26/2017. | Lain-lain | 11.04.2017 |
| Di manakah silap ayat ini: 1.Perkara ini dibincang dan ditegur secara serius setiap kali dalam mesyuarat lembaga pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil. 2. Tuan/Puan hendaklah memakai baju yang bersesuaian. | 1. Perkara ini telah dibincang dan ditegur secara serius setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil. 2. Tuan/Puan hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian. | Tatabahasa | 07.04.2017 |
| mohon semak Bersempena dengan sambutan ulang tahun Tenaga Nasional Berhad yang ke-70, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian merasmikan Kompleks Balai Islam TNB pada 16 Januari 2020. Dengan Setulus Ikhlas daripada, Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja. | Bersempena dengan sambutan ulang tahun Tenaga Nasional Berhad yang ke-70, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian ... (masukkan nama perasmi) merasmikan Kompleks Balai Islam TNB pada 16 Januari 2020. Setulus Ikhlas daripada Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja TNB. | Lain-lain | 02.01.2020 |
| Apakah perbezaan antara pengerusi majlis dan pengacara majlis dan bilakah penggunaannya? | Puan Siti , terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Mengikut kamus Dewan, pengerusi majlis ialah ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): ~ Lembaga Pengarah Manakala pengacara majlis pula ialah , Id peguam bela; 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara. | Makna | 05.03.2009 |