Salam sejahtera, Apakah perbezaan antara "kelembapan" dan "lembapan"? Mohon maklumat penggunaan frasa berkenaan. Terima kasih pihak DBP. | Kelembapan bermaksud keadaan yang lembap, perihal lembap (tidak kering). Contoh penggunaan ialah kabus di hutan itu tebal kerana kelembapannya tinggi. Lembapan pula bermaksud (banyak sedikitnya) wap air yang terkandung dalam udara. Contoh penggunaan perkataan lembapan ialah hujan asid berpunca daripada percampuran asap yang dibebaskan dari kilang, asap kereta dan sebagainya dengan lembapan udara. | Makna | 04.03.2019 |
ejaan untuk kata biadap atau biadab? lembab atau lembap? terima kasih. | Ejaan yang betul ialah biadab dan lembap. | Tatabahasa | 13.05.2013 |
Mohon penjelasan tentang maksud 'lembab' dan lembap yang mana membawa maksud masih basah dan tidak kering sepenuhnya. | Perkataan yang membawa maksud "masih basah dan tidak kering sepenuhnya" ialah "lembap". | Tatabahasa | 03.03.2015 |
Ali mengelap cermin tingkap dengan sehelai kain yang basah atau lembap? Manakah yang tepat? Terima kasih. | Ayat yang gramatis, Ali mengelap cermin dengan sehelai kain lembap. | Tatabahasa | 06.12.2012 |
Maksud cikgu perkataan lembab tidak wujud? adakah lembap boleh disaling tukar penggunaannya utk membawa maksud tidak bijak/kurang kemajuan? terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat , perkataan lembap bermaksud masih basah, tidak rancak, lambat atau kurang mencapai kemajuan, tidak cerdas, lemah, lembam. Perkataan yang membawa maksud kurang atau tidak bijak ialah lembam. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 916. | Makna | 17.06.2008 |
wujud tak perkataan lembab atau lembap? yg mana membawa maksud keadaan yg berair dan yg mana membawa maksud kurang/tidak bijak? terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat yang wujud perkataan lembap dengan maksud masih basah, tidak rancak, lambat atau kurang mencapai kemajuan, tidak cerdas, lemah, lembam. Perkataan yang membawa maksud kurang atau tidak bijak ialah lembam. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 916. | Makna | 16.06.2008 |
Akum tuan / puan Di sini saya rasa keliru tentang ejaan yang betul bagi perkataan engkar - ingkar, lembap-lembab - lembam (lawan bagi perkataan cerdas), bahaya-merbahaya. Mana satu ejaan yang betul? Sila bantu saya cgu simah. | Ejaan yang betul ialah ingkar, lembap, lembam, dan berbahaya. | Ejaan | 09.05.2008 |
Selamat tengah hari. Sekadar ingin bertanya. Adakah ejaan perkataan "lembab" (lambat berfikir) telah digantikan dengan "lembap"? Jika benar, ada baiknya pihak tuan mengubah entri di dalam DBP tersebut (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lembab). Teruskan usaha murni DBP. Terima kasih. Yang benar, Hamdan | Data kami menyenaraikan maklumat daripada pelbagai sumber seperti Kamus Dewan dan Kamus Pelajar. Bagi mendapatkan maklumat yang sahih, kami mencadangkan tuan mengambil maklumat daripada Kamus Pelajar. Merujuk Kamus Pelajar, lembab bermaksud lambat berfikir. Lembap pula membawa banyak maksud, antaranya tidak cekap atau tidak cergas dalam menjalankan tugas dan melaksanakan pekerjaan. Tidak ada maksud yang benar-benar sama bagi kedua-dua perkataan tersebut. | Tatabahasa | 09.12.2014 |
Tuan/Puan, Adakah perkataan 'lembab' masih digunakan untuk merujuk kepada 'lambat berfikir/tidak cergas/tidak cekap'? Ataupun, ia sudah digantikan dengan 'lembap'? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah LEMBAB. | Ejaan | 24.04.2017 |
salam, apakah yang dimaksudkan dengan SLOW LEARNER? Adakah DBP masih menggunakan istilah lembam? adakah lembam = slow learner. Didalam kategori masalah pembelajaran dimanakah pelajar lembam berada? TQ | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pelajar lembam. Lembam bermaksud 1. tidak ada kekuatan, lemah 2. lembap,tidak cergas, lemah(berkenaan kemampuan seorang murid menerima pelajaran). Untuk mengetahui kategori masalah pembelajaran pelajar tersebut perlu menjalani pemeriksaan doktor. Saudara boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. | Makna | 17.07.2008 |