Salam sejahtera, Apakah perbezaan antara "kelembapan" dan "lembapan"? Mohon maklumat penggunaan frasa berkenaan. Terima kasih pihak DBP. | Kelembapan bermaksud keadaan yang lembap, perihal lembap (tidak kering). Contoh penggunaan ialah kabus di hutan itu tebal kerana kelembapannya tinggi. Lembapan pula bermaksud (banyak sedikitnya) wap air yang terkandung dalam udara. Contoh penggunaan perkataan lembapan ialah hujan asid berpunca daripada percampuran asap yang dibebaskan dari kilang, asap kereta dan sebagainya dengan lembapan udara. | Makna | 04.03.2019 |
Soalan ini mengenai keupayaan jenis kain, iaitu 'breathable'. Bolehkah saya menterjemahkan 'Breathability is the ability of a fabric to allow moisture vapor to be transmitted through the material' kepada 'Kebolehnafasan adalah keupayaan kain dalam membolehkan lembapan wap dipancar melalui kain tersebut'. Jadi, bolehkah saya terjemah 'breathable cloth' sebagai 'kain boleh nafas'? Terima kasih. | Salam Sejahtera. Kami mencadangkan terjemahannya adalah seperti yang berikut: Kebolehnafasan ialah keupayaan kain/fabrik untuk memindahkan wap air melalui bahan tersebut. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.10.2017 |
Mohon bertanya. Apakah maksud terarium? Memang wujud perkataan ini atau tidak? Terima kasih. | Terarium ialah nama bagi bekas lut sinar yang digunakan untuk memelihara tumbuh-tumbuhan kecil atau haiwan darat yang kecil. Terarium mewujudkan persekitaran sehampir mungkin dengan persekitaran atau habitat semula jadi. Manusia menghasilkan terarium dalam bekas kaca atau plastik pelbagai saiz dan bentuk. Bekas ini biasanya ditutup untuk mencegah kehilangan lembapan. Perkataan terarium berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud bumi. | Makna | 15.10.2014 |