Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bur] | لمبور

Definisi : kerja yg dibuat di luar masa pejabat (kerja malam dll), kerja lebih masa; upah ~ = wang ~ bayaran kerana bekerja lebih, upah (wang) lebih masa; melembur bekerja di luar masa pejabat (kerja malam dll), bekerja lebih masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bur] | لمبور

Definisi : kerja malam; pekerjaan yg dilakukan pd masa luar waktu kerja biasa: upah (wang) ~ upah yg diperoleh drpd pekerjaan lembur. melembur bekerja pd masa luar waktu kerja biasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembur (kata nama)
Bersinonim dengan kerja lebih masa, kerja di luar waktu pejabat, kerja keras;,
Kata Terbitan : melembur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa maksud dan contoh frasa kata kerja biasa dan kata kerja lembur?..terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Empat "kerja lembur" ialah kerja yang dibuat di luar waktu pejabat (kerja malam), kerja lebih masa. Manakala kerja biasa atau kerja tetap ialah kerja yang dilakukan berterusan dan lazim dilakukan.Tatabahasa14.01.2013

Kembali ke atas