Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak keras; mudah dilenturkan; lembik: Daging yg keras jika direbus lama-lama menjadi ~ juga. 2 tidak bengis; sopan santun: Orang Melayu ~ perangainya dan halus budi bahasanya. 3 ist (bkn air) mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun kerana tidak ada atau cuma sedikit saja garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya. berlembut berkelakuan (berperangai dll) lembut: Ia selalu ~ pd anaknya. melembutkan 1 menjadikan lembut; melembikkan: Air hujan ~ tanah dan ini akan memudahkan kerja membajak. 2 melemahkan (hati dll): Tidak seorang pun yg dpt ~ hati orang tua itu. kelembutan keadaan lembut (bkn benda, tingkah laku dsb): ~nya berbicara amat menyenangkan kami. pelembutan perbuatan atau hal melembutkan. pelembut 1 orang yg lembut (tingkah lakunya dsb). 2 bahan utk melembutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembut (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak keras: lunak, lembik, empuk,
Berantonim dengan keras

2. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan bersopan, bersantun, beradab, berbahasa, beradat, baik, elok,
Berantonim dengan kasar

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lunak, perlahan, rendah, merdu, enak,
Berantonim dengan keras

Kata Terbitan : berlembut, melembutkan, kelembutan,

Puisi
 

Lembut lemak sisi bemban,
     Terendak ikan letak di paya;
Lemak lemah sirih digenggam,
     Hendak diunjuk emaknya ada.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.lembut rasa kek coklat ini. 2. mengapa lembut sangat suara radio itu? tanya Liew tuan, adakah kedua-dua ayat ini kesalahan dalam penggunaan lembut? tq

1. Lembut tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada 'rasa'. Perkataan yang lebih sesuai ialah sedap, enak atau lazat.

2. Lembut boleh digunakan untuk merujuk kepada 'suara'. Perkataan lain yang sesuai ialah merdu, nyaring dan lunak. Ayat tersebut sepatutnya menambah perkataan juruhebah atau penyiar sebelum perkataan 'suara'. Perkataan 'bunyi' lebih sesuai untuk radio. (... bunyi radio itu.)

Tatabahasa18.09.2011
Tuan, yang manakah ejaan yang betul? (1) berterus-terang atau berterus terang (2) lemah-lembut atau lemah lembut (3) terang-benderang atau terang benderang terima kasih.Ejaan yang betul ialah berterus terang, lemah lembut dan terang-benderang.Tatabahasa25.06.2012
Frasa kain yang lembut dan halus betul atau kain yang lembut dan cantik lebih tepat?Farsa yang lebih gramatis ialah "kain yang lembut dan cantik".Tatabahasa01.11.2013
Tudung sutera yang dihadiahkan oleh Karina ini memang___________. A lembut B halus (tuan, jawaban ialah A..tetapi saya kekeliruan kerana halus juga membawa maksud 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin) TQKedua-dua perkataan, iaitu halus dan lembut boleh digunakan dalam ayat tersebut. Makna22.08.2011
"Aku berubah menjadi lebih baik. Daripada/dari perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut." Tuan, yang manakah betul? Dari atau daripada?"Aku berubah menjadi lebih baik. Daripada perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut."Tatabahasa25.06.2012
i)apakah perbezaan menjinjing dgn membimbit. ii)perkataan yang sesuai untuk agar-agar ialah gebu atau lembutMakna bagi kedua-dua perkataan tersebut adalah sama. Maksudnya ialah membawa sesuatu dgn tangan yg terhulur ke bawah, menjinjit, membimbit. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Perkataan yang sesuai bagi agar-agar ialah lembut. Harap maklum.Makna18.08.2007
Saya ingin bertanya, bolehkah kita menggunakan perkataan kembang untuk roti yang dimasukkan ke dalam air atau hanya perlu menggunakan ayat : roti itu telah menjadi lembik apabila dimasukkan ke dalam air teh itu ?Perkataan yang sesuai ialah lembut.

Roti itu menjadi lembut apabila dimasukkan ke dalam air teh.
Tatabahasa09.07.2013
Ada tak perisian lembut 'software' untuk muatturun kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi ke-4 melaui laman web yang percuma.
Saudara,
 
Untuk makluman saudara, DBP belum lagi menyediakan perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Sdr. boleh membeli Dewan Eja pro ini di kedai Koperasi Dewan, Menara DBP atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel:03-8319 3388.
 
Selain itu juga, saudara boleh menggunakan perkhidmatan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) secara percuma.  Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) berfungsi sebagai enjin carian untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".
Lain-lain08.02.2011
apakah bahagian yang lembut dalam batang tumbuhanTiada dalam sumber rujukan kami. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan atau bahan rujukan yang berkaitan.Lain-lain26.03.2010
1)Bola itu menjadi lembut selepas beberapa lama tersimpan di dalam stor. 2)Azzilah terpaksa berpinar mata melihat rakan-rakannya makan di kantin sekolah kerana dia tidak dibekali wang oleh ibunya untuk membeli makanan. Tolong betulkan.Terima kasih.1) Bola itu menjadi kempis selepas beberapa lama tersimpan di dalam stor.
2) Azzilah terpaksa berputih mata melihat rakan-rakannya makan di kantin sekolah kerana dia tidak dibekali wang oleh ibunya untuk membeli makanan.
Tatabahasa17.07.2012
12345

Kembali ke atas