Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lém.péng] | ليمڤيڠ

Definisi : (lémpéng) 1. sesuatu yg pipih (spt tembakau dll): tembakau ~; 2. sj kuih yg pipih dan nipis (yg diperbuat drpd tepung dll); 3. kepingan (besi, kaca, dll) yg nipis; melempeng membuat kuih lempeng; perut­nya ~ perutnya kempis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lém.péng] | ليمڤيڠ

Definisi : Jk lurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lém.péng] | ليمڤيڠ

Definisi : /lémpéng/ 1 sesuatu yg pipih: tembakau ~. 2 kuih yg pipih dan tipis yg dibuat drpd tepung dll. 3 kepingan (kaca, besi dll) yg tipis. melempeng 1 menjadi spt lempeng bentuknya. 2 membuat kuih lempeng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lempeng

Peribahasa

Pergi lepat balik lempeng.

Bermaksud :

Pergi dengan modal yang banyak, balik dengan kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hi DBP, Bolehkah saya tanya soalan tentang kata Majmuk? Soalan ini kerja sekolah (Buku activiti BM tahun 3)anak saya. Adakah ayat bawah ini merupakan ayat Majmuk? 1. Encik Ismail suka makan lempeng kelapa dengan sambal ikan bilis. 2. Anak-anak mereka pula suka makan lempeng kelapa degan madu. * "dengan" dalam ayat ini ialah ks atau kh? Adakah "dengan" disini merupakan ayat majmuk pancangan keterangan? 3. Bagi, Puan Sakina, sarapan yang berkhasiat sangat penting untuk keluarfanya. *Adakah "yang" di ayat ini merupakan kata hubung? Saya cuba mencari maklumat tentang soalan atas tetapi tidak dapat penjelasan yang jelas. Terima kasih! Regards, James NgAyat “Encik Ismail suka makan lempeng kelapa dengan sambal ikan bilis”. 2. “Anak-anak mereka pula suka makan lempeng kelapa dengan madu” bukan ayat majmuk. "dengan" dalam ayat ini ialah kata sendi. Ayat ini bukan ayat majmuk pancangan keterangan. Contoh kata hubung pancangan keterangan ialah kalau, hingga, sementara, setelah, sewaktu, semasa, sungguhpun dan lain-lain ( Tatabahasa Dewan edisi ketiga, muka surat 253) Frasa sendi nama dengan madu atau dengan sambal ikan bilis merupakan unsur keterangan kepada frasa nama madu dan ikan bilis. Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa kerja boleh mendukung beberapa makna, dan bagi contoh ayat ini menunjukkan keterangan alat ( Tatabahasa Dewan edisi ketiga )

3. "yang" dalam ayat "sarapan yang berkhasiat sangat penting untuk keluarganya" merupakan kata hubung pancangan relatif. 
Tatabahasa24.01.2019
Saya sering menemukan istilah peknga dalam internet yang merujuk kepada lempeng kelapa (nyiur) yang dikatakan berasal daripada dialek utara. Adakah DBP merakam istilah peknga dalam pangkalan datanya dan jika ada, apakah takrif yang telah diberikan? Jika tiada, adakah istilah tersebut akan dipertimbangkan kemasukannya dalam Kamus Dewan?Hasil carian kami, perkataan peknga merupakan nama sejenis kuih dalam dialek utara. Dalam penggunaan rasmi, perkataan yang sesuai digunakan ialah lempeng kelapa.Lain-lain05.07.2018
Perkataan 'pancake' ialah 'lempeng'?Padanan pancake dalam bahasa Melayu ialah pankek.Istilah02.04.2010

Kembali ke atas