Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lén.cong] | لينچوڠ

Definisi : (léncong); melencong 1. tidak mengikut arah yg betul, menyimpang dr arah yg asal, menyerong: tiba-tiba Nor ~ ke kiri dan aku ~ ke kanan; 2. menyimpang drpd tujuan (maksud) yg asal, menyeleweng, tersesat: di sini saya telah ~ sedikit kerana hendak menjelaskan betapa mustahaknya undang-undang itu; melencongkan menjadikan melencong atau menghalakan sesuatu ke arah lain, menyim­pangkan: mereka akan ~ jalan; terlencong menyimpang dgn tidak sengaja drpd dasar, arah tujuan dsb yg asal atau sebenarnya, terbabas: ketiadaan maklumat dan kelengkapan pelayaran juga me­nyebabkan nelayan asing ~ ke perairan negara kita; lencongan jalan dsb yg melencong dr jalan asal yg dibaiki dsb; pelencongan perihal melencong atau me­lencongkan: ada beberapa ~ berlaku ketika novel ini ditulis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lén.cong] | لينچوڠ

Definisi : /léncong/; melencong 1 menyimpang dr arah yg asal; tidak mengikut jalan yg lurus: Kerana angin kencang, kapal itu telah ~ ke barat. 2 menyimpang drpd maksud atau tujuan yg asal. melencongkan menjadikan menyimpang dr arah yg asal: Anak sungai perlu diempang utk ~ airnya masuk ke kolam. terlencong terbabas. lencongan jalan atau laluan yg dilencongkan dr jalan asal yg dibaiki dsb: Pemandu dinasihati supaya hati-hati di ~ yg baru dibuat itu. pelencongan perihal, perbuatan dsb melencong atau melencongkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lencong
Kata Terbitan : melencong,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum.sya pelajar stpm 2014 yg mengambil subjek Bahasa Melayu. Kami diminta untuk meyiapkan kerja kursus dan saya memilih laras bahasa sukan iaitu berfokus kepada sukan bola sepak untuk dikaji. Saya menghadapi masalah untuk mencari definisi dan istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkataan dari Bahasa Inggeris yang berikut : 1. backheel 2. overlapping run 3.sliding tackle 4.curving shot 5.first timer Harap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian . Terima Kasih.Tuan boleh kemukakan soalan penterjemahan ini kepada Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat istilah yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami cadangkan beberapa istilah:
1. Tendangan Tumit.
2. Larian pintas
3. Rebut Gelongsor
4. Tendangan Lencong
5. Tendangan menerus.
Penyemakan dan penterjemahan24.08.2014

Kembali ke atas