As'salam. Saya ingin bertanya istilah yang tepat bagi perkataan Robotic arm, adakah Lengan robotik atau Robot lengan. Terima kasih | Penggunaan yang betul ialah lengan robotik. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.07.2018 |
"Kadangkala,aku dan bapa turut menyingsing lengan membantu datuk di kebun." Adakah "menyingsing lengan" merupakan simpulan bahasa | Untuk makluman tidak terdapat simpulan bahasa tentang menyingsing lengan dalam sistem rujukan kami. Maksud menyingsing membawa maksud menyingsingkan menarik ke atas (kain, lengan baju, dan lain-lain) supaya pendek. | Tatabahasa | 27.04.2016 |
a atau b yang betul: a) Gadis itu berenggang dari lengan Aisha. b) Gadis itu berenggang daripada lengan Aisha. | Aya t yang betul ialah 'Gadis itu berenggang dari lengan Aisha.' | Tatabahasa | 19.09.2011 |
single mono swing -arm | swing-arm= lengan ayun | Ejaan | 07.06.2011 |
1)Adakah perkataan senget sesuai digunakan dalam ayat di bawah?Mohon pencerahan. -Lengan baju kurungnya senget kerana silap dijahit. 2)Adakah kata penguat 'terlalu amat' di bawah sesuai digunakan? -Kuala Tahan terlalu amat terkenal sebagai lokasi tumpuan pengail. | Untuk ayat (1) perkataan "senget" sesuai. Ayat (2) pula kata penguat "terlalu amat" sesuai digunakan tetapi secara gramatisnya agak lewah. | Lain-lain | 29.08.2014 |
Salam Sejahtera, Saya mencari makna peribahasa alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam carian, saya memperoleh dua maklumat yang berbeza; 1. carian 'alang-alang' - peribahasa tersebut membawa maksud kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya; (muka surat 31) 2. carian 'pekasam' - peribahasa tersebut membawa maksud membuat sesuatu hendaklah sampai sudah (tidak alang kepalang. (muka surat 1161) Oleh itu, saya mohon penjelasan tentang maksud sebenar peribahasa ini. Adakah peribahasa ini juga membawa maksud yang sama dengan peribahasa alang-alang berdakwat biar hitam dan alang-alang mandi biar basah? Terima kasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengungkapkan makna yang persis bagi peribahasa Melayu. Justeru, makna yang lebih tepat ialah makna yang terkandung dalam kamus tersebut. Walau bagaimanapun, makna peribahasa tersebut yang dihuraikan oleh Kamus Dewan juga banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kami mengambil pendekatan untuk menerima kedua-dua makna yang tersebut bergantung pada kontesk penggunaannya ketika itu. | Tatabahasa | 04.09.2015 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kelihatan seorang jururawat sedang memberikan satu suntikan di lengan seorang pesakit. 2. Seorang jururawat sedang menyelimutkan pesakit. 3. Terdapat beberapa orang pesakit yang ada di hoospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh lampu di mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang dibawa oleh jururawat. | 1. Ayat pertama betul. 2. Seorang jururawat sedang menyelimuti pesakit dengan selimut. 3. Terdapat beberapa orang pesakit berada di hospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh ke dalam mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang disorong oleh jururawat. | Tatabahasa | 13.08.2013 |
Saya ingin tahu maksud bagi peribahasa berikut : Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ada beberapa buah buku peribahasa menyatakan maksud iaitu sekiranya melakukan kejahatan, hendaklah dibuat sehingga selesai. Adakah maksud tersebut tepat? Sekian, terima kasih. | Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan juga Kamus Dewan, maksud peribahasa tersebut ialah kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya. | Makna | 26.01.2010 |
Salam perpaduan. Apakah kata kerja yang tepat untuk gambar membawa beg tangan di bahagian siku tangan ? Terima kasih. | Pihak kami mencadangkan kata kerja 'memangku' berdasarkan gambar tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud memangku ialah membawa sesuatu di atas lengan yang dibengkokkan. | Lain-lain | 07.04.2020 |
Saya tidak menemukan perkataan menyinsing dan sinsing dalam kamus dewan.Apakah maksud perkataan tersebut | Untuk makluman tidak terdapat perkataan menyinsing dan sinsing. Ejaan yang betul ialah singsing dan menyingsing. Maksud kedua-dua perkataan tersebut ialah 1. menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek) 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih 3. mulai terbit (fajar), mulai terang 4. menyingkap, mendedahkan | Makna | 26.07.2011 |