| "Kadangkala,aku dan bapa turut menyingsing lengan membantu datuk di kebun." Adakah "menyingsing lengan" merupakan simpulan bahasa | Untuk makluman tidak terdapat simpulan bahasa tentang menyingsing lengan dalam sistem rujukan kami. Maksud menyingsing membawa maksud menyingsingkan menarik ke atas (kain, lengan baju, dan lain-lain) supaya pendek. | Tatabahasa | 27.04.2016 |
| Salam perpaduan. Apakah kata kerja yang tepat untuk gambar membawa beg tangan di bahagian siku tangan ? Terima kasih. | Pihak kami mencadangkan kata kerja 'memangku' berdasarkan gambar tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud memangku ialah membawa sesuatu di atas lengan yang dibengkokkan. | Lain-lain | 07.04.2020 |
| Tuan/Puan, Tolong mengesahkan ayat-ayat berikut adalah betul atau tidak. 1.Piala itu di atas meja. 2.Beg tangan itu di atas tangga. 3.Dia menghabiskan lauk di atas meja. 4.Rumahnya di atas bukit. 5.Dia bertanggungjawab di atas segala kekejaman itu. 6.Dia menghabiskan lauk di atas meja. 7.Gambar pemimpin negara digantung pada dinding. 8.Dia bercacah di bahagian lengan. 9.Dia duduk di dalam kereta. 10.Dia mengemukakan cadangan berkenaan dalam mesyuarat itu. 11.Produk itu mendapat sambutan yang baik di peringkat antarabangsa. 12.Dia masih berasa marah,enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 13.Terdapat dua ekor semut di atas meja. 14.Buku-buku yang tersusun rapi di atas rak telah dicuri. Terima kasih. | Jawapan: 1.Piala itu di atas meja. - betul 2.Beg tangan itu di atas tangga. - betul 3.Dia menghabiskan lauk di atas meja. - betul 4.Rumahnya di atas bukit. - betul 5.Dia bertanggungjawab di atas (atas) segala kekejaman itu. - salah. 6.Dia menghabiskan lauk di atas meja. - betul 7.Gambar pemimpin negara digantung pada dinding. - betul 8.Dia bercacah di bahagian lengan. - betul 9.Dia duduk di dalam kereta. - betul 10.Dia mengemukakan cadangan berkenaan dalam mesyuarat itu. - betul 11.Produk itu mendapat sambutan yang baik di (pada) peringkat antarabangsa. - salah 12.Dia masih berasa marah, enggan berjumpa dengan sesiapa pun. – salah. Ayat tersebut tidak gramatis. 13.Terdapat dua ekor semut di atas meja. - betul 14.Buku-buku yang tersusun rapi di atas rak telah dicuri. - betul | Tatabahasa | 16.11.2015 |
| Saya tidak menemukan perkataan menyinsing dan sinsing dalam kamus dewan.Apakah maksud perkataan tersebut | Untuk makluman tidak terdapat perkataan menyinsing dan sinsing. Ejaan yang betul ialah singsing dan menyingsing. Maksud kedua-dua perkataan tersebut ialah 1. menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek) 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih 3. mulai terbit (fajar), mulai terang 4. menyingkap, mendedahkan | Makna | 26.07.2011 |
| Sila berikan maksud peribahasa berikut: 1) jinak-jinak merpati 2) jinak-jinak lalat 3) berdiri di atas pagar 4) terang-terang tanah 5) menangguk di air keruh 6) mengajar itik berenang 7) berkerat rotan berpatah arang 8) makin murah makin menawar 9) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung 10) alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan 11) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Terima Kasih. | 1. perempuan yang kelihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri. 2. seseorang yang bercampur dengan orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra. 3. tidak berpihak ke mana-mana 4. pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan. 5. mencari keuntungan dll. sementara ada kekacauan. bagi peribahasa seterusnya sila rujuk Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 05.05.2008 |
| Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kelihatan seorang jururawat sedang memberikan satu suntikan di lengan seorang pesakit. 2. Seorang jururawat sedang menyelimutkan pesakit. 3. Terdapat beberapa orang pesakit yang ada di hoospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh lampu di mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang dibawa oleh jururawat. | 1. Ayat pertama betul. 2. Seorang jururawat sedang menyelimuti pesakit dengan selimut. 3. Terdapat beberapa orang pesakit berada di hospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh ke dalam mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang disorong oleh jururawat. | Tatabahasa | 13.08.2013 |
| tolong semak ayat saya... adakah ayat yang saya senaraikan ini mengandungi frasa kerja tak transitif? 1. lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu. 2. kelihatan di sedang menulis sesuatu di kertas iitu dan dihulurkan kepada lelaki itu. 3. lelaki itu membaca dan kemudian menggelengkan kepala. 4. perempuan itu merenung tajam ke arah lelaki itu. 5. dia diam seketika, sambil matanya terkelip-kelip memandang syiling wad yang kaku itu. 6. siang dan malam lelaki itu menunggu perempuan itu dengan tabah dan sabar. 7. anak di rumah, pandai-pandai sahaja unutk mengurus diri sendiri. 8. sambil tersenyum, dia menegurku mesra. 9. dia tidak sanggup meninggalkan isterinya tanpa ditemani walau sesaat pun. 10. dua belas tahun yang lalu di telah dibedah di Singapura. 11. aku sangat kagum dengan lelaki itu dan terkesan dengan kesabarannya melayani karenah isterinya yang pelbagai macam itu. 12. calang-calang suami tidak akan sanggup membelai isterinya yang terbujur di katil itu. 13. perlahan-lahan dia duduk di atas kerusi di sisi katil isterinya. 14. saya gembira ibu melawat saya. 15. ketika akau melangkah pulang aku melihat bahawa dia masih tersenyum riang. 16. dia mencapai tanganku dan menciumnya. 17. hati kecilnya tidak putus-putus mendoakan semoga dia akan pulih. 18. kita janganlah lupa untuk terus beristighfar dan reda dengan apa-apa yang berlaku,. 19. aku terkesima dan kagum dengan ketabahan isterinya,. | Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Walau bagaimanapun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, namun unsur ini bukanlah dianggap sebagai objek (tidak boleh dipasifkan), sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap: beransur (pulih), tinggal (di bandar), menjadi (guru), berbuat (baik), ada (keluarga) dan berbantalkan (lengan) Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap: bangun, tumbang, pulang, menangis, menjerit, berkibaran, berjalan, tersenyum, terpegun, menguning, melancong dan meninggi. Sebagai seorang bakal guru saudara perlu lebih mengenali pelbagai aspek tatabahasa termasuklah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Merujuk ayat Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu - menghulurkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap. Untuk ayat yang seterusnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88-90 dan halaman 385-394. | Tatabahasa | 24.03.2011 |