'Fully Furnished' dan 'Partially Furnished' sesuai digantikan dengan Perabot Lengkap dan Separa Lengkap ke? Sila beri panduan dan cadangan yang baik. Terima kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi 'Fully Furnished' ialah Lengkap dengan Perabot manakala 'Partially Furnished' ialah Separa lengkap dengan perabot. | Makna | 17.01.2018 |
Adakah ayat di bawah ayat lengkap dgn subjek dan predikat? Dia yang mati. Atau wajib letak Dialah yang mati? | Ayat yang lengkap subjek dan predikat ialah "Dia mati". Untuk membina ayat majmuk pancangan yang lengkap (dengan penggunaan perkataan yang), ayat tersebut perlu dibetulkan menjadi "Dia yang mati itu kawan sekolah saya". | Tatabahasa | 08.01.2014 |
huraian lengkap tentang operasi peta ingatan | Pertanyaan ini tidak berkaitan dengan penggunaan bahasa. Sila rujuk buku atau makalah yang ada di pasaran tentang perkara ini. | Lain-lain | 27.08.2008 |
INFO LENGKAP MENGENAI AYAT PENYATA DAN AYAT TANYA | Saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan atau Buku Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu atau berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP) bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkara ini. | Lain-lain | 15.09.2007 |
Apakah makna lengkap bagi Emiritus spt. Prof. Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Penjelasan tepat bagi makna perkataan ini tidak terdapat dalam kamus-kamus DBP. Mohon dimasukkan dalam versi kemas kini akan datang. | Untuk makluman, ejaan yang betul ialah emeritus. Dalam Kamus Dewan edisi keempat. maksud emeritus ialah seseorang yang telah bersara tetapi mengekalkan gelarannya sebagai suatu penghormatan. Profesor emeritus bermaksud gelaran kepada profesor yang telah bersara sebagai suatu penghormatan. | Makna | 06.03.2013 |
beri pemahaman lengkap beserta contoh mengenai ''bijak membuat pertimbangan wajar''. | Makna pertimbangan ialah fikiran atau renungan mengenai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita. | Lain-lain | 12.04.2010 |
definasi yang lengkap tentang proses pemantauan dan penilaian | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemantauan berasal daripada kata dasar pantau yang bermaksud 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb. Oleh itu, pemantauan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Penilaian pula bermaksud perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran. | Istilah | 30.07.2009 |
berikan definisi lengkap insurans | Kamus Dewan mendefinisikan Insurans ialah perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu; spt insurans kebakaran insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pd rumah dll); insurans nyawa insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya orang yg berkenaan meninggal dunia; nyawa nyawa bekal umur insurans yg menjamin bayaran sekiranya orang yg berkenaan mencapai umur yg tertentu atau meninggal dunia | Makna | 24.08.2007 |
di manakah saya boleh mendapatkan senarai lengkap maklumat penulis-penulis india di malaysia dan hasil karya mereka? | Senarai lengkap maklumat penulis-penulis India di Malaysia dan hasil karya mereka, boleh di rujuk melalui Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), di alamat No. 27, Jalan 25/82-B, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Sdr. boleh layari e-mel dan blog Kavyan: uthayasb@yahoo.com.my dan www.uthayasb.blogspot.com serta no telefon bimbit: 016 - 3288142 dan 012 - 3368142. Sekian, terima kasih dan selamat berjaya. | Lain-lain | 25.05.2010 |
Salam sejahtera Tuan, Dari manakah boleh saya dapatkan senarai yang lengkap bagi kata hubung dalam BM? Sekian, terima kasih. | Untuk mendapatkan senarai lengkap kata hubung dalam bahasa Melayu, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 12.10.2013 |