Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lengkap (adjektif)
Bersinonim dengan genap, cukup, sempurna, tidak kurang, kamil, utuh, penuh, kafi, mustaid, jangkap;,
Kata Terbitan : selengkap, berlengkap, melengkapi, melengkapkan, kelengkapan, pelengkapan, pelengkap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Cara mudah untuk membolehkan murid membezakan penggunaan imbuhan me....i dan me....kan. 2. Senarai Kata Hubung yang lengkap.Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Contoh ayat: Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan. Untuk makluman lanjut berkaitan apitan (me-...kan, me...i, memper...kan) dan awalan (memper...) sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 190 - 197 untuk mengetahui setiap peraturan yang tersebut. Terima kasih.Tatabahasa01.02.2011
Saya sedia maklum bahawa imbuhan apitan memper...kan tidak boleh digunakan untuk kata adjektif. Bagaimana saya boleh memperbetul ayat ini? ...memperkukuh budaya Malaysia di samping memperkayakannya lagi.Ayat yang diberikan tidak lengkap. Mohon tuan untuk memberikan contoh ayat yang lengkap agar pihak kami dapat memberikan jawapan yang lebih tepat. Tatabahasa07.04.2020
Encik, Saya amat keliru dengan penggunaan perkataan 'memalukan'. Adakah munasabah perkataan 'malu', iaitu kata adjektif, tetap menjadi kata adjektif jika dibubuh imbuhan me-N...kan? Bukankah setiap perkataan apabila dibubuh imbuhan me-N...kan akan menjadi kata kerja transitif, iaitu perlu diikuti oleh objek. Justeru, manakah antara ayat-ayat berikut yang betul dan tepat dari segi tatabahasa? 1. Perbuatan Ali memalukan. 2. Perbuatan Ali amat memalukan. 3. Perbuatan Ali memalukan kami. 4. Perbuatan Ali amat memalukan kami. Sila berikan penjelasan. Terima kasih.

Semua contoh ayat yang saudara berikan itu betul. Perkataan malu ialah kata adjektif dan apabila menerima imbuhan me-N...kan menjadi kata kerja transitif, memalukan. Kata kerja transitif yang membawa unsur emotif lazimnya menggugurkan objek (kata ganti nama diri). Oleh itu, ayat yang saudara berikan itu betul. Ayat 1 dan 2 digugurkan objek. Ayat 3 dan 4 merupakan ayat lengkap yang tidak digugurkan objek.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa09.04.2009
Suhaiza Ibrahim WED Dec 16 11:31AM Salam... saya just nak confirmkan Jualan Gudang DBP ni bermula pada 19hb Disember bertempat di Kedai Buku DBP di Hulu Kelang kan? Sebab saya tak menjumpai sebarang maklumat mengenainya menerusi laman web DBP. Satu lagi, boleh bagi alamat lengkap tak untuk Kedai DBP Hulu Kelang? Terima kasih...Program ini dirancangkan pada 19 - 27 Disember 2015, di Kedai Buku DBP Hulu Kelang. Tuan juga boleh menghubungi talian 03-41012409 untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain16.12.2015
karangan contoh terbaik ngan contoh karangan terbaik? yang mana satu betul? sebab rumah contoh kan bukan contoh rumah, betul? jadi sepatutnya gunakan karangan contoh ?tapi dah biasa gunakan contoh karangan... jadi?

Frasa "rumah contoh" adalah betul mengikut hukum D-M (diterangkan dan menerangkan) sama seperti rumah agam dan rumah baharu. "Contoh karangan terbaik" pula membentuk ayat yang lengkap, "contoh karangan" - frasa nama dan "terbaik" - adjektif. Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengatakan karangan contoh terbaik kerana pola ayat itu tetap betul.

Tatabahasa11.07.2011
Adakah perkataan menambahbaikan? Contoh "Nak betulkan yang salah dan menambahbaikan yang baik". Mohon pihak tuan beri cadangan ayat dan perkataan yang betul.

Perkataan “menambahbaikan” tidak sesuai diapit dengan imbuhan meN-…-kan. Ayat yang diberikan tidak lengkap. Kami mencadangkan pembetulan ayat seperti yang berikut:

“Untuk membetulkan yang salah, penambahbaikan harus dilakukan.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 151 dan 190.

Tatabahasa02.09.2024
1. Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 2. Marilah kita ucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 3. Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 4. Mari kita ucapkan terima kasih kepada Alam Flora. Dalam empat ayat ini, adakah partikel -lah diperlukan? Bolehkah partikel -lah digugurkan secara pilihan, maksudnya boleh diwujudkan dan boleh juga ditiadakan? Ayat ini ialah ayat penyata atau ayat suruhan? Jika ayat suruhan, adakah kata kerja "ucap" patut menerima akhiran -kan lalu membentuk kata kerja ayat suruhan "ucapkan"? Jika ayat ini ayat penyata, adakah kata kerja "ucap" harus menerima apitan meN-...-kan lalu terhasilnya kata kerja transitif "mengucapkan" yang disambut oleh objek, yakni "terima kasih"? Semua inilah tanda-tanda soal dalam hati saya.

Ayat yang betul ialah Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora dan Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora kerana ayat ini ayat aktif transitif. Jika hendak diberikan penekanan maka partikel –lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap.

Tatabahasa29.05.2014
1.sata teramat gembira apabila ketahui khabar baik ini. adakah betul penyata ini? bolehkah teramat digunakan untuk bermaksud sangat? 2.dia melalui jalan itu atau dia lalu jalan itu? mengapa? 3.bahawa kegiatan samseng semakin berleluasa di sekolah adalah benar? adakah soalan ini salah dari segi ayat tergantung? 4.i)saya menghidangi tetamu makanan.(ii)saya menghidangkan makanann kepada tetamu. tetapi (iii) saya mengambilkan tetamu makanan. apakah beza ketiga-tiga ayat ini? apakah kontex kegunaan imbuhan me...i, me...kan? terima kasih atas bantuan yang dihulurkan1. Ayat itu betul, teramat gembira atau tersangat gembira.
2. Dia melalui jalan itu, kata kerja transitif perlu ada imbuhan me.
3. Ayat itu tidak lengkap.
4. Dua ayat itu betul, ayat ketiga sepatutnya Saya mengambilkan makanan untuk tetamu.
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191 dan 202.
Tatabahasa12.05.2010
perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menun­jukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan keduduk­an bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg meng­gambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu di­gunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjuk­kan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulau­pulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang se­suatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. meng­gambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak.

Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan".
Istilah09.04.2013

Kembali ke atas