| Saya Rukiah masila belajar Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya tentang asal usul perkataan" cakarawala" apakah artinya dan contoh dalam ayat | Ejaan yang betul ialah cakerawala, iaitu : 1. langit, lengkung langit; 2. peredaran bintang-bintang dll di langit; 3. bintang-bintang di langit (spt bulan, matahari, dll); 4. kaki langit, tepi langit. Sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Makna | 22.09.2014 |
| Adakah perkataan 'vault' dan 'dome' mempunyai kata yang sama dalam bahasa melayu iaitu 'kubah'? | Ya, "vault" dan "dome" merujuk kubah. Kamus-Inggeris Dewan mentakrifkan "vault" sebagai arched structure forming a roof or ceiling, kekubah; manakala "dome" sebagai kubah: the stately ~ of the mosque, kubah masjid yg berdiri megah; the blue ~ of the sky, kubah langit yg biru; the ~ of the head, lengkung kepala.
| Makna | 10.07.2014 |