Assalamu'alaikum WBT dan selamat sejahtera, Saya ada satu soalan, terdapat sesetengah perkataan Inggeris yang apabila diterjemahkan ke bahasa Melayu menjadi dua perkataan. Contohnya, Space = Angkasa lepas. Soalan saya ialah, adakah huruf besar perlu diletakkan pada huruf pertama bagi kedua-dua perkataan bahasa Melayu itu atau hanya pada perkataan pertama? Contohnya, Space = Angkasa lepas, atau Space = Angkasa Lepas. Salam hormat, terima kasih. | Perkataan “angkasa lepas” merupakan kata nama am, maka tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya. Sekiranya perkataan ini menjadi tajuk, maka barulah ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya. | Tatabahasa | 25.03.2014 |
Yang mana satu ayat yang betul, dan apakah alasannya? 1. Ali membasuh tangan kerana baru saja lepas makan menggunakan sabun. ATAU Ali membasuh tangan dengan sabun kerana baru saja lepas makan. 2. Ali mencuci tangan supaya bersih di singki. ATAU Ali mencuci tangan di singki supaya bersih. | Binaan ayat yang betul, iaitu Subjek + Predikat ialah: 1. [Ali membasuh tangan dengan sabun] + [kerana baru sahaja lepas makan] 2. [Ali mencuci tangan di singki] + [supaya bersih]. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
salam....saya ingin bertanya, tahun lepas saya ada menyertai satu peraduan penulisan ilmiah, saya ingin tahu,adakah peraduan telah diumumkan pemenangnya?bilakah pengumuman pemenang itu dibuat?harap kerjasama dari pihak tuan....terima kasih. | Adakah yang saudara maksudkan peraduan penulisan ilmiah itu ialah Peraduan Mengarang Esei 2009? Jika ya, keputusan Peraduan Mengarang Esei 2009 akan disiarkan dalam laman web DBP tidak lama lagi. | Lain-lain | 12.03.2010 |
Selamat petang, saya nak tanya soalan ini hendak pilih jawapan yang mana satu? Saya tak pasti jawapannya ialah lepas itu atau oleh itu, dan apakah sebabnya? Ameera berjaya memenangi pertandingan syarahan di peringkat sekolah. ___________, dia akan mewakili sekolahnya untuk bertanding di peringkat zon. A. Lepas itu B. Justeru C. Kalau begitu D. Oleh itu Terima kasih untuk jawab soalan saya. | Jawapan yang betul ialah D. "Oleh itu", bagi contoh ayat "Ameera berjaya memenangi pertandingan syarahan di peringkat sekolah. "Oleh itu," dia akan mewakili sekolahnya untuk bertanding di peringkat zon." Dalam ayat tersebut "oleh itu" merupakan penanda wacana penghubung musabab (sebab berlakunya sesuatu). | Tatabahasa | 17.03.2022 |
Saya ingi tahu penggunaan yang tepat sama ada sebuah majlis kesyukuran atau satu majlis kesyukuran | Bagi membezakan satu dan sebuah, saudaraperlu ingat bahawa satu merupakan bilangan manakala sebuah pula adalah penjodoh bilangan. Berbalik pada contoh saudara, kami mencadangkan agar gugurkan penjodoh bilangan mahupun bilangan untuk menerangkan "majlis kesyukuran" tersebut. Tidak semua kata nama perlu dimasukkan penjodoh bilangan malah lebih baik sekiranya tidak digunakan. Contohnya; Pak Ahmad telah mengadakan majlis kesyukuran pada minggu lepas. | Tatabahasa | 03.03.2010 |
Innanie Ariffin 8.29 PAGI Salam DBP. Saya ada buat pesanan pembelian Majalah sejak 2 Oktober 2017 lagi. Sehingga hari ini status pembelian saya Unfulfilled jika dilihat pd website. Boleh bantu saya. Lama saya dah tunggu. Sy dah buay aduan pada Jumaat lepas, namun satu balasan pun saya tak terima. Saya kecewa dengan servis yang diberikan sedangkan saya adalah peminat majalah-majalah DBP. | Pihak puan boleh segera hubungi Bahagian Pemasaran dan Pengedaran DBP. Telefon: 03-41010033 / e-mel: pp@dbp.gov.my | Lain-lain | 10.10.2017 |
1. Kajian lepas menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" oleh penyelidik lalu. Item dan skala pengukuran bagi instrumen yang digunakan telah disahkan oleh pakar penilai dalam pembinaan item dan pengukuran. Antara kajian lepas yang menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" ialah: i. Garis panduan pembangunan media pengajaran berkonsepkanpenceriataan digital untuk tablet skin sentuh. Tesis UUM. ii. Kebolehpercayaan dan korelasi elemen multimedia dan antara muka tablet dalam menilai penceriataan digital. Artikel berindeks. Pengkaji diminta oleh pemeriksa tesis untuk mendapatkan pengesahan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk dimuatkan didalam tesis. 2. Mohon penerangan mengenai perbezaan antara: i. Jarang dengan sekali sekala ii. Sering dengan kerap Terima kasih. | Penggunaan frasa yang betul ialah "sangat tidak setuju" atau "amat tidak setuju". Perbezaan antara "jarang" dan "sekali-sekala" atau “sering” dengan “kerap”. Menurut Kamus Dewan Perdana makna perkataan "jarang" ialah tidak kerap atau tidak rapat kedudukannya antara satu sama lain, manakala “sekali-sekala” ialah ada masa atau ketika atau hanya sesekali sahaja. Perkataan “sering” dengan “kerap” juga tiada banyak perbezaannya. "Sering" ialah secara kerap atau selalu, manakala "kerap" pula bermaksud rapat sehingga tidak kelihatan sela antara satu sama lain atau rapat susunannya antara sama lain | Lain-lain | 06.01.2023 |
Rosmah amat meminati profesion perguruan/profesion keguruan? yang mana satu betul? apakah maksud kedua-dua kata tersebut? saya masih tak faham lepas rujuk kamus untuk kedua-dua makna kata tersebut. | Yang betul ialah profesion keguruan. Keguruan bermakna yang berkaitan dengan guru, peranan (tugas, kelayakan dll) sebagai guru. Manakala perguruan bermakna sekolah, tempat belajar; pengajaran; yang berkaitan dengan guru seperti maktab. | Makna | 09.07.2008 |
beberapa hari yang lepas saya telah bertanya tentang mengucap syukur atau mengucapkan syukur, pada kedua-dua tersebut, jawapan yang betul adalah berlainan. sekarang saya menjadi keliru. yang mana satu betul? dan apakah maksud perkataan itu? | Mengucapkan syukur bermaksud melafazkan rasa kesyukuran atas sesuatu perkara manakala mengucap lebih kepada maksud menyebut atau melafazkan dua kalimah syahadat. | Tatabahasa | 07.08.2010 |
ASSALAMMUALAIKUM, beberapa hari lepas saya mendapat maklumat bahawa kara ganda seperti rama-rama, kedai-kedai atau seumpamanya dikira dua perkataan dalam peperiksaan stpm. begitu juga nama khas seperti Johor darul Takzim dikira 3 perkataan, mohon penjelasan | Untuk makluman tuan, kata ganda dianggap sebagai satu perkataan, manakala kata nama khas yang berdiri sebagai satu entiti seperti Johor Darul Takzim mengikut bilangan kata yang terkandung dalamnya. Walau bagaimanapun untuk tujuan peperiksaan, eloklah saudara merujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui sekolah saudara. | Tatabahasa | 05.08.2010 |