Bagi penggunaan "/", adakah perkataan selepas dan sebelum "/" perlu dijarakkan atau dirapatkan? Contoh: "Penyalahgunaan lesen / tiada lesen" atau "Penyalahgunaan lesen/tiada lesen". Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah perkataan sebelum dan selepas dirapatkan, contohnya "Penyalahgunaan lesen/tiada lesen". | Lain-lain | 22.08.2019 |
Apakah dia lesen puisi? untuk apakah lesen puisi ini? | Tiada istilah 'lesen puisi'. Mungkin saudara bermaksud 'lecentia poetica', iaitu suatu keistemewaan bagi seorang penyair untuk menyimpang atau lari daripada aturan biasa penulisan. Tujuan lecentia poetica atau kebebasan penyair ini adalah untuk menghasilkan satu bentuk pengucapan yang baru daripada yang biasa dihasilkan oleh penyair lain. Selain daripada tujuan tersebut, lecentia poetica ini dapat membentuk identiti seseorang penyair. | Lain-lain | 05.05.2010 |
Yang mana satu betul penggunaan? Lesen pemandu atau lesen memandu | Yang betul ialah lesen memandu. | Istilah | 07.05.2009 |
kepada saudara/saudari yang dihormati saya bernama Wong Geok Hong ingin memohon lesen dan lesen iklan untuk perniagaan untuk menjual dan membekal makanan dan minuman.sekian terima kasih | Sila layari http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk semakan ejaan dan pengesahan bahasa. | Lain-lain | 17.06.2016 |
lesen papan iklan baru klinik mediviron taman orkid, port dickson | Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Proses pengesahan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja. Cara kedua, pihak tuan/puan boleh datang terus ke kaunter DBP Sah Bahasa di Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur dengan membawa dua salinan visual iklan (papan premis, kain rentang, gegantung dan sebagainya). Proses penyemakan dan pengesahan akan dilakukan dengan segera di kaunter. | Lain-lain | 08.10.2019 |
lesen untuk papan tanda | Untuk pengesahan iklan sila daftar iklan melalui laman web: dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 20.12.2017 |
Minta beri pandangan, yang manakah wajar digunakan ? di kalangan / dalam kalangan; antara punca / antara punca-punca; kereta baru / kereta baharu; di majlis / dalam majlis; berkenaan isu tersebut / berkenaan dengan isu tersebut; pertandingan melukis / pertandingan lukisan; lesen memandu / lesen pemandu. Terima kasih. | Yang betul ialah dalam kalangan, antara punca, kereta baru dan kereta baharu - kedua-duanya betul, di majlis, berkenaan isu tersebut, pertandingan melukis, lesen pemandu - walau bagaimanapun lesen memandu telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat (asalnya lesen memandu kereta). | Tatabahasa | 11.11.2010 |
Sila perbaharui lesen perniagaan dan lessen pemilikan anjing anda sebelum 31 Disember 2015 bagi mengelakkan denda lewat 10% dari kadar lesen dikenakan | Sila perbaharui lesen perniagaan dan lessen pemilikan anjing anda sebelum 31 Disember 2015 bagi mengelakkan denda lewat 10% daripada kadar lesen yang dikenakan. | Tatabahasa | 30.09.2015 |
Salam sejahtera, Adakah "license key" boleh diterjemahkan kepada "kunci lesen" atau "kekunci lesen"? Jika tidak, mohon pendapat dan bantuan pihak DBP untuk memberikan terjemahan yang sesuai. Terima kasih. | Kami cadangkan padanan bahasa Melayu untuk licence key ialah “kunci pelesenan”. | Istilah | 18.12.2017 |
Maksud Perlesenan, Import, Eksport dan Enterport di dalam perniagaan | Pelesenan ialah urusan memberi lesen atau meluluskan lesen; import ialah pemasukan barang-barang dari luar negara; eksport ialah penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negara; entrepot ialah pusat perdagangan, biasanya pelabuhan yang mengendalikan urusan import dan eksport semula barang-barang. | Makna | 27.02.2008 |