Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris

Definisi : during ~s, during period, time, a. (given to learning) semasa belajar: students should pay attention during ~s, pelajar-pelajar mesti menumpukan perhatian semasa belajar; b. (given to teaching) semasa mengajar: teachers are not allowed to smoke during ~s, guru-guru tdk dibenarkan merokok semasa mengajar; 2. section dealing with a particular aspect, pelajaran: L~ 15 deals with the perfect tenses, pelajaran 15 adalah ttg kala sempurna; 3. st serving as a warning or an example, pengajaran: let that be a ~ to you!, biarlah itu menjadi pengajaran kpd kamu; his bitter experiences taught him many valuable ~s, pengalamannya yg pahit banyak memberinya pengajaran yg berguna. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lesson

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, nak tanya ayat berikut adakah betul. 1. Kami sudah belajar sampai setengah waktu kelas, dia baru datang. ( "lesson" ialah waktu jelas, macam mana jika "learning until half lesson") 2. Petang masih ada dua buah pertandingan. (penjodoh bilangan untuk pertandingan) 3. Bilakah saya boleh merasa masakan yang awak buatkan? 4. Kami naik ke atas kapal pada pukul 7.30. 5. Dia sangat pandai tetapi tidak berusaha belajar. (atau tidak belajar dengan berusaha?) 6. Dia merancang pergi ke Singapore hari esok. (merancang atau berancang?) Amat terima kasih jawapan anda!Ayat yang betul ialah:
1. Kami sudah belajar hingga setengah waktu pembelajaran, barulah dia datang.
2. Masih ada dua pertandingan pada sebelah petang. (tidak perlu masukkan penjodoh bilangan kerana ia bukan bentuk)
3. Bilakah saya boleh merasa masakan yang awak masak?
4. Kami naik ke atas kapal pada pukul 7.30.
5. Dia sangat pandai tetapi tidak berusaha untuk belajar.
6. Dia merancang pergi ke Singapura pada hari esok.
Tatabahasa14.06.2019
Salam sejahtera, saya dah menujukan soalan pada Jumaaat yang lepas, tetapi tiada respond. Nak tanya ayat berikut adakah betul. 1. Kami sudah belajar sampai setengah waktu kelas, dia baru datang. ( "lesson" ialah waktu kelas, macam mana jika "half lesson", boleh guna "setengah waktu kelas"?) 2. Petang masih ada dua buah pertandingan. (penjodoh bilangan untuk pertandingan) 3. Bilakah saya boleh merasa masakan yang awak buatkan? 4. Kami naik ke atas kapal pada pukul 7.30. 5. Dia sangat pandai tetapi tidak berusaha belajar. (atau tidak belajar dengan berusaha?) 6. Dia merancang pergi ke Singapore hari esok. (merancang atau berancang?) Amat terima kasih jawapan anda!Ayat yang betul ialah:
1. Kami sudah belajar separuh waktu kelas, dia baru datang. / Dia datang semasa kami sudah belajar separuh waktu kelas.
2. Petang ini masih ada dua pertandingan.
3. Bilakah saya boleh merasa masakan awak?
4. Kami menaiki kapal pada pukul 7.30 pagi /malam.
5. Dia sebenarnya sangat pandai tetapi malas belajar.
6. Dia merancang untuk pergi ke Singapura hari esok.
Tatabahasa19.06.2019
Salam sejahtera. Padanan istilah 'lesson study' dalam bahasa Melayu ? Terima kasihTuan/puan boleh ajukan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Malaysia untuk mendapat istilah yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan "Kajian Pelajaran" atau "Kajian Pembelajaran".Penyemakan dan penterjemahan09.11.2014
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan nasihat tentang istilah yang bersesuaian bagi 'digital citizenship' dan 'device' dalam ayat berikut : Many schools using one-to-one or bring-your-own-device programs are incorporating digital citizenship messages into their lesson plans. Terima kasih.Padanan istilah yang sesuai adalah seperti yang berikut:
1. device - peranti
2. digital citizenship - generasi digital
Istilah28.05.2018

Kembali ke atas