Tukarkan ayat tunggal kepada ayat majmuk. 1) Letakkan komputer riba di atas meja. (atau) Letakkan komputer riba di tempat yang selamat. Jwp: A) Letakkan komputer riba di atas meja atau di tempat yang selamat. B) Letakkan komputer riba di atas meja atau tempat yang selamat. Jawapan yang mana betul. Terima kasih. | Kedua-duanya boleh digunakan tetapi yang gramatis ialah (A) | Tatabahasa | 09.11.2011 |
Tukarkan ayat tunggal kepada ayat majmuk dengan kata hubung yang diberi. 1)Letakkan komputer riba di atas meja. (atau) Letakkan komputer riba di tempat yang selamat. Jawapan: A) Letakkan komputer riba di atas meja atau di tempat yang selamat. B) Letakkan komputer riba di atas meja atau tempat yang selamat. Jwp yang mana satu betul?Terima kasih. | Kedua-duanya boleh digunakan tetapi yang gramatis ialah (A) | Tatabahasa | 09.11.2011 |
Memasak. ' Letakkan' sedikit garam dalam campuran bahan ini, atau 'masukkan' sedikit garam dalam campuran bahan ini, yanag mana betul. | Yang betul ialah 'Masukkan sedikit garam'. | Tatabahasa | 20.12.2007 |
Assalamualaikum. Mohon pengesahan DBP: Papan tanda motosikal: "Sila letakkan motosikal secara bertongkat dua." Papan tanda pintu utama : "Selamat datang ke ILIM. Anda berada di dalam kawasan amalan 5'S. Sila patuhi arahan yang ditetapkan." Terima kasih diucapkan. Wassalam. | 1. "Sila letakkan motosikal menggunakan tongkat dua" atau "sila letakkan motosikal dengan tongkat dua". 2. Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 15.03.2013 |
Betul ataupun tidak ayat ini? "Sila letakkan noktah di belakang ayat kamu," pesan Puan Zainun. | "Sila letakkan noktah di belakang ayat kamu," pesan Puan Zainun. - Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 28.10.2015 |
Adakah ayat ini betul strukturnya: Sila letakkan semula selepas digunakan. Terima kasih | Ayat ini betul strukturnya. Sila letakkan semula selepas digunakan. Terima kasih | Tatabahasa | 13.06.2014 |
Assalamualaikum. Format surat rasmi pada masa kini perlukan nombor tak untuk isi kedua, ketiga dan seterusnya. Saya lihat ada yang letakkan nombor dan ada yang tidak letakkan | Format surat rasmi lazimnya dinombori bagi memudahkan rujukan setiap perenggan. | Lain-lain | 01.06.2009 |
Di manakah saya letakkan jam tangan saya tadi? Apakah fungsi ayat di atas jika diberikan konteksnya? i. Fungsi pertama dalam konteks biasa. ii. Fungsi kedua dalam konteks kesantunan. | Konteks bermaksud bahagian ayat yang menentukan atau menunjukkan erti ungkapan yang terkandung di dalamnya. Ayat tersebut Berfungsi sebagai ayat tanya. Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas dengan penggunaan kata tanya dan tanda baca. Ayat tanya boleh digunakan dalam pelbagai konteks asalkan fungsinya adalah untuk menanyakan soalan. | Tatabahasa | 18.04.2013 |
adakah wajib di letakkan perkataan 'Wilayah Persekutuan" untuk putrajaya? | Tidak wajib seperti "Kuala Lumpur". | Lain-lain | 22.08.2009 |
Betulkah ayat ini? - Perlu letakkan noktah di belakang ayat. - Saya sentiasa berbual bersama rakan maya saya di Internet. Ini kerana, cikgu saya pernah beritahu bahawa kata sendi nama 'di' hanya boleh digunakan untuk tempat sahaja, dan ayat-ayat yang menggunakan 'di' itu bukan menunjukkan tempat. | Untuk makluman, 'di' dalam ayat tersebut merupakan kata sendi nama yang digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Dalam konteks tersebut, Internet ialah kata nama. Maka, ayat tersebut tidak salah. | Tatabahasa | 27.10.2015 |