| Adakah 'leverage trading' diterjemahkan sebagai 'perdagangan leveraj'? adakah penggunaan perkataan 'leveraj' betul dalam bidang ekonomi? | Dalam data kami,tiada padanan khusus bagi leverage trading. Walau bagaimanapun, terdapat istilah financial leverage yang bermaksud keumpilan kewangan. Kami mencadangkan perdagangan keumpilan bagi istilah leverage trading. Puan boleh rujuk leverage">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=leverage dan merujuk istilah Malaysia. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.07.2014 |
| Mohon terjemahan atas kata berikut: Corporate Governance 1. Board Of Independence 2. CEO duality Capital Structure 1. Short Term to Total Debt 2. Long Term to Total Debt 3. Total Debt to Total Asset 4. Leverage 5. Short Term Leverage 6. Long Term Leverage 7. Divident Policy Firm Characteristic 1. Firm Size 2. Leverage 3. Age Firm 4. Liquidity 5. Board Size Terima kasih | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Corporate Governance – Tadbir Urus Korporat 2. Board of Independence – Lembaga Bebas 3. CEO duality – Kedualan KPE atau Kedualan CEO 4. Capital Structure – Struktur Modal 5. Short Term to Total Debt- Hutang Jangka Pendek kepada Jumlah Hutang 6. Long Term to Total Debt - Hutang Jangka Panjang kepada Jumlah Hutang 7. Total Debt to Total Asset - Jumlah Hutang kepada Jumlah Aset 8. Leverage – Leveraj 9. Short Term Leverage – Leveraj Jangka Pendek 10. Long Term Leverage – Leveraj Jangka Panjang 11. Divident Policy – Dasar Dividen 12. Firm Characteristic – Ciri-Ciri Firma 13. Firm Size – Saiz Firma 14. Leverage - Leveraj 15. Age Firm – Usia Firma 16. Liquidity - Kecairan 17. Board Size – Jumlah Ahli Lembaga Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2017 |
| Hi DBP Team, Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul untuk "Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)"? Perkataan ETF dalam Bahasa adalah "Dana Dagangan Bursa". Cuma saya tak pasti "inverse" itu apakah terjemahannya. Contoh ayat: "Inverse ETF is designed to provide return that is the opposite performance of an index" Jika Tuan perlu pemahaman yang lebih mendalam, boleh juga melihat educational video yang Bursa published on Youtube. Tajuk: Bursa Leverage & Inverse ETF (by Bursa Marketplace, published on 7 Feb 2019) Look forward to your reply, terima kasih ya. | | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “inverse” yang dipadankan sebagai songsang (Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu). Cadangan kami bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)” ialah Dana Dagangan Bursa Songsang. |
| Istilah | 15.05.2019 |