Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lewat
1. Dalam konteks usia
bersinonim dengan lanjut, lebih, larut,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan melampaui waktunya
( lambat, lat, sayup, kasip, )
(adverba:)
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : selewat-lewatnya, melewati, melewatkan, terlewat, kelewatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah terjemahan untuk 'supper' dlm bahasa melayu? pendrive atau thumdrive dlm istilah BM? Terima kasih.

1. supper - makan lewat malam

2. pendrive - pemacu pena

3. thumb drive - pemacu jari

Istilah16.07.2011
1. Yang mana betul? a) di hati atau dalam hati atau di dalam hati b) pertandingan menyanyi atau pertandingan nyanyi atau pertandingan nyanyian. c) pertandingan bercerita atau pertandingan cerita d) pertandingan perbahasan atau pertandingan bahas 2. Perasaan bimbang _________ emak kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam. Apakah jawapan yang sesuai untuk diisikan ke dalam tempat kosong di atas?

1. Yang betul ialah a)  dalam hati  b) Pertandingan Nyanyian c) Pertandingan Bercerita  d) Pertandingan Bahas

2. Ayat tersebut tidak jelas, sepatutnya ayat tersebut adalah seperti berikut: Emak berasa bimbang kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam.

Tatabahasa09.07.2009
1) Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi struktur bahasanya?Jika tidak mohon pihak tuan memberi penerangan yang LEBIH lanjut. - Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga ke pukul 6.00 petang. - Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer. - Kedai menjual alat tulis itu dibuka hingga lewat malam. 2) Adakah asam keping dan asam gelugur memberi maksud yang sama? Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai digunakan untuk asam gelugur?Biji atau keping?Atau kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan. 3) Apakah perkataan berlawanan yang paling tepat bagi menyangkal? A)membantah B) mengakui C) Mengikut D) menurut1.Ayat yang berikut telah diperbaik manakala ayat lain betul.
Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Penggunaan hingga dan ke dianggap lewah
2.Berdasarkan rujukan kami, asam keping dan asam gelugur ialah sama.Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah keping.

3.Perkataan yang paling hampir ialah mengakui.
Tatabahasa07.08.2013
"Apakah terdapat istilah khusus untuk i. Breakfast ii. Tea Break iii. Lunch iv. High Tea v. Dinner vi. Supper "Berikut padanan dalam bahasa Melayu yang diperlukan: i. Breakfast - sarapan/ makan pagi ii. tea-break - waktu rehat iii. Lunch - merarau/ makan tengah hari iv. High tea - minum lewat petang v. Dinner - makan malam vi. Supper - makan lewat malamIstilah27.05.2013
Salam 1Malaysia, 1. Gelaran Munsyi Faizah atau Faizah Munsyi yang betul? 2. Dalam Kamus Dewan, perkataan 'pemuafakatan' untuk disesuaikan dengan 'memuafakatkan' tidak ada. Mengapa? 3. Dalam buku atur cara, perkataan 'persegaran' diguna pakai sedangkan dalam Kamus Dewan tidak ada. Mengapa? 4. Perkataan merarau = makan tengah hari. Bagaimana pula dengan makan petang dan makan selepas jam 10.00 malam? 5. Adakah maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama? Terima kasih.1. Gelaran yang betulan ialah Munsyi Faizah 
2. Perkataan permuafakatan digunakan untuk merujuk perihal bermuafakat dan perihal muafakat bermaksud kemuafakatan. 
3. Persegaran tidak digunakan kerana tidak merujuk perihal bersegar sebaliknya yang betul ialah penyegaran bermaksud perihal menyegarkan sesuatu. 
4.  Bagi makan petang lebih sesuai digunakan minum petang atau kudapan dan selepas pukul 10.00 ialah makan lewat malam.
5. Maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama?
Tatabahasa27.04.2012
Kemusykilan: Ayat berbunyi - Hujan lebat telah turun lewat pagi semalam. Persoalannya: Apakah maksud LEWAT PAGI dalam konteks soalan tersebut? - manakah maksud yang yang sesuai: a. Tengahari b. Awal malam c. Awal pagiAntara maksud lewat ialah larut, walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang tepat untuk lewat pagi dalam pangkalan data kami. Tengah hari ialah lebih kurang pukul 12 pada siang hari. Awal ialah permulaan, ini bermakna awal pagi dan awal malam ialah permulaan kedua-dua waktu tersebut.Makna19.10.2011
Ali berlama-lama berbual dengan neneknya sehingga lewat tengah malam. (munsyi, adakah ayat ini grammatis? TK)Ayat tersebut tidak gramatis, kata kerja (berlama-lama berbual) lazimnya tidak hadir secara berturutan dalam ayat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk melihat binaan ayat yang gramatis.Tatabahasa01.08.2013

Kembali ke atas