Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lubang yg halus (bekas tikaman, tempat keluar wap atau air pd enjin, dll): dgn lima ~ luka kena peluru itu, keadaannya parah sekali; tikam Laksamana tikam orang berani, sama se~ itu pun matilah Si Jebat itu; ~ hidung lubang hidung; ~ jarum mata (lubang) jarum; ~ kubur lubang kubur tempat menanam mayat; ~ kumbang lubang utk mengalirkan air keluar (pd perahu); ~ lahad lubang tempat meletakkan mayat (dlm kubur); ~ mata lekuk mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : lubang yg kecil atau halus. ~ hidung lubang hidung. ~ kubur lubang yg digali tempat menanam orang mati. ~ lahad ruang tempat meletakkan mayat dlm kubur (dikeruk pd bahagian sisi sebelah kiblat liang kubur dan sama paras dgn dasar kubur). ~ roma lubang yg kecil-kecil pd kulit tempat peluh keluar. ~ stoma ist liang yg seni pd daun atau pd batang tumbuh-tumbuhan utk laluan udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liang (kata nama)
Bersinonim dengan lubang rongga, gohong, saung.,

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Cekarau besar liang.

Bermaksud :

Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang. cekarau = sebangsa tumbuhan di air yang besar lubang batangnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa beza makna dan penggunaan kata "serap" dengan "resap"Serap bermaksud masuk melalui liang-liang kecil, manakala resap bermaksud hilang, lenyap, lesap.Makna21.11.2008
As Salam, Saya ingin mendapatkan kepastian dan ketepatan bahasa yang bermaksud: "Liang Gurih" terima kasih.Tidak ada maklumat tentang frasa "liang Gurih" dalam pangkalan data kami. Gurih ialah yang bahasa Indonesia yang bermaksud sedap seperti sedap ketika menikmati makanan dan Nasi Gurih ialah nasi yang dimasak dengan santan dan kayu manis.Tatabahasa08.01.2013
dalam KBSR digunakan perkataan 'penyerapan nilai' manakala dalam KSSR menggunakan 'penerapan nilai'. kedua-dua perkataan tersebut merujuk kaedah pengajaran. Adakah penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam konteks pengajaran?

Kamus Dewan mentakrifkan penyerapan sebagai proses (perbuatan dan sebagainya) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; pengambilan dan pemasukan ke dalam (sesuatu sistem, fikiran), penerimaan (dan penyebatian).


Penerapan pula ialah perihal (perbuatan dan sebagainya) mene­rap atau memasang (enjin dan lain-lain), pemasangan (enjin dan lain-lain); perihal (perbuatan dan sebagainya) mene­rapkan (mengenakan pada, menyerapkan, dan sebagainya), perbuatan  mempraktikkan.


Berdasarkan takrifan, penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam pengajaran.

Tatabahasa10.04.2013
Syarikat LIANG CHI COOLING TOWER SDN BHD ingin membuat papan tanda bahasa Melayu dengan cadangan "Kilang Membuat Menara Dingin" Apakah penggunaan bahasa yang paling tepat untuk tujuan ini?Harap dapat berikan istilah bahasa Inggeris untuk "Menara Dingin" kerana kami perlu semak sama ada istilah bahasa Melayu yang digunakan  betul atau salah. Sekiranya betul, nama yang dicadangkan ialah Kilang Menara Dingin (perkataan "Membuat" tidak perlu kerana perkataan kilang telah mempunyai maksud tersebut)Tatabahasa18.10.2012
salam...nak cek maksud PORT FUEL INJECTION dalam bahasa melayu.istilah dalam automotif.Padanan bahasa Melayu bagi istilah Port Fuel Injection ialah liang pancitan bahan api. Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila rujuk Kamus Kejuruteraan Automotif, terbitan DBP. Lain-lain26.10.2010

Kembali ke atas