Ayat-ayat yang berikut salah penggunaan kata. Apakah kata yang betul untuk menggantikan perkataan yang berhuruf besar? 1) Sikapnya yang LUMPUH menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah berperangai LIAR. 3) Pemandu yang LIAR akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang AGRESIF dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang BOCOR menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya yang BOCOR kerana disambar api. 8) Saya KURANG hati dengan sikapnya yang suka berbohong. | 1) Sikapnya yang berlengah menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah bebas. 3) Pemandu yang cuai akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang tidak berperikemanusiaan dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang becok menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya koyak kerana disambar api. 8) Saya tidak suka dengan sikapnya yang suka berbohong. Untuk makluman puan, tugasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Pada masa yang akan datang, sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
saya nak tanya tentang cara mengeja,saya tak tahu di mana tempat yang sesuai untuk saya bertanya.jadi saya cuba tanya di ruangan ini shj. saya nak dan rakan-rakan keliru bagaimana hendak mengeja perkataan seperti daun,dua,liar dsb.ada yang kata (eja dua suku kata)da un=daun, ada yg kata(eja terus jadi 1 suku kata) daun=daun.jika anda boleh bantu,tolong jelaskan mana yang betul.tkasih | Soalan yang dikemukakan tidak jelas, sama ada merujuk kepada pemisahan suku kata atau sebutan. Untuk makluman pemisahan suku kata dan sebutan bagi perkataan yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: Perkataan Pemisahan Suku Kata Sebutan daun da-un (KV-KV) daun dua du-a (KV-V) dua liar li-ar (KV-VK) liar | Ejaan | 05.08.2011 |
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik. | Sila jelaskan soalan saudara. | Lain-lain | 08.12.2011 |
Saya ingin bertanya adakah singkatan bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di tulis JAKIM ataupun Jakim. Mohon jawapan berserta penjelasan daripada pihak tuan kerana terdapat percanggahan pendapat berhubung perkara ini di pejabat kami. Terima kasih. | Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu: 1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) 2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) 3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia) Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim. | Ejaan | 04.12.2013 |
Terima kasih atas jawapan bagi soalan-soalan saya yang terdahulu. Saya amat hargai. Singkatan nama Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan "DBP", Kementerian dalam Negeri "KDN", "MAMPU", "INTAN" dan sebagainya. Bagaimana pula sewajarnya singkatan nama bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia? Adakah ada kaedah tertentu sama ada menggunakan "JAKIM" atau "Jakim"? Persoalan huruf kecil atau huruf besar. Saya dahului dengan ucapan terima kasih atas jawapan tuan. | Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu: 1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) 2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) 3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia) Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim. | Tatabahasa | 31.01.2013 |