Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
liat (adjektif)
1. Bersinonim dengan boleh dilentur: liut, kenyal, anjal, gayal, ulet, jegang, alot,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tabah, cekal, nekad, ulet, tahan hati, tidak berganjak, tetap hati, tunggang hati,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan payah, susah, sukar, enggan, segan malas, sungkan, celika, ogah, ewa, wegah, lundung,
Berantonim dengan rajin

Kata Terbitan : keliatan,

Puisi
 

Pulut panggang isi liat,
     Minum kopi di pagi hari;
Hanguslah padang adik melihat,
     Hanguslah hati hancur sekali.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lemah liat kayu akar,
     dilentur boleh dipatah tak dapat.

Bermaksud :

Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besi lemah tak patah).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Budak perempuan yang liat hati itu tidak mahu mengalah dengan adiknya.2)Encik Ali menyedarkan pekerja-pekerja supaya mendukung tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.3)Latif memberitahu saya bahawa dia benar berkeras dengan keputusan yang telah dibuat.TOLONG BETULKAN AYAT-AYAT TERSEBUT.TERIMA KASIH.Ayat yang betul ialah:
1. Budak perempuan yang keras hati itu tidak mahu mengalah dengan adiknya.
2. Encik Ali menyedarkan pekerjanya supaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
3. Latif memberitahu saya bahawa dia berkeras dengan keputusan yang telah dibuat.
Tatabahasa29.08.2012
Apakah terjemahan yang sesuai bagi "writing tablet"? Mungkin benda ini diperbuat daripada tanah liat atau kayu. Bolehkah menggunakan "batu tulis" walaupun merujuk kepada bahan yang diperbuat daripada kayu? Ini terdapat dalam tulisan purba. Terima kasih atas panduan.Padanan "Writing tablet" tidak ada dalam pangkalan data kami. Berdasarkan maklumat yang saudara berikan "writing tablet" ini hampir sama dengan Batu Bersurat Terengganu yang mempunyai ukiran/tulisan padanya yang membuktikan sejarah kedatangan Islam ke Terengganu pada zaman dahulu. Oleh itu, kami mencadangkan padanan "writing tablet" dalam bahasa Melayu ialah kayu bersurat atau tanah bersurat, rujuk kepada jenis material tersebut sama ada kayu atau tanah. Istilah20.06.2011
Salam sejahtera, Tuan, Manakah jawaban yang tepat bagi soalan yang berikut: Ubi yang direbus oleh Mak Cik Leha sudah empuk. Pilih Perkataan berlawan bagi empuk. A keras B liat C lembik D mengkal Sekian terima kasih.Perkataan "empuk" berlawanan dengan "keras".Tatabahasa30.08.2013
Pengertian/Definasi Ulit Mayang dari segi bahasa.Makna bagi perkataan ulit dari segi bahasa ialah bernyanyi utk menidurkan anak, berdondang utk menidurkan anak. Makna lain bagi perkataan ini ialah tidak mudah (membayar hutang dll), liat. Maksud bagi perkataan mayang pula ialah bunga kelapa (pinang, kabung, dll) yg masih di dlm seludangnya. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP untuk rujukan lanjut. Harap maklum.Makna12.09.2007
apakah makna konglomerat? Merujuk Kamus DEwan Edisi Keempat, konglomerat bermakna firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian. 2.batu ~ (Geo) batu yg terdiri drpd pecahan batu atau kerikil yg bergumpalan dgn pasir dan tanah liat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna15.10.2008
apakah yang di maksudkan dengan 'konglomerate'?

Maklumat yang dipohon tiada dalam simpanan kami, namun demikian, bagi membantu saudara, ejaan yang pihak kami peroleh ialah "konglomerat". Menurut Kamus Dewan, Konglomerat mempunyai beberapa takrifan.

takrifan pertama (1) batu yg terdiri drpd pecahan batu atau kerikil yg bergumpalan dgn pasir dan tanah liat;

2. (Eko) firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian.

Mohon agar saudara dapat memberi maklumat lanjut berkaitan bahan carian agar pihak kami dapat membantu saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Makna02.01.2008
Nak tanya 'asap' boleh guna penjodoh bilangan gumpal? terima kasih.

Salam sejahtera,

Tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan. Tidak ada contoh penggunaan penjodoh bilangan atau unit bagi  asap dalam sumber rujukan kami. Kata asap tidak perlu menggunakan penjodoh bilangan.

Namun lazimnya, perkataan yang sering digandingkan dengan 'asap' ialah 'kepul.' Manakala perkataan 'gumpal' pula merujuk Kamus Pelajar, gumpal merupakan kumpulan benda seperti darah, tanah liat) yang merupakan ketul; segala yang berkepal-kepal atau berkepul-kepul (awan dll): Dia telah membuat boneka daripada segumpal tanah liat yg dikeraskan.

Tatabahasa04.12.2012
apakah maksud telap dan tiris?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, telap bermaksud 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air. Manakala tiris bermaksud 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bumbung rumahnya ~; dijahit layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang;Lain-lain01.07.2010
APAKAH MAKSUD SERING?

Saudara Puiman,

Sering memilki banyak maksud merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Antaranya seperti yang tersebut: 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat; 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), ke­kerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita.

Untuk memudahkan saudara, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 1471) dan layari http://prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.

Makna12.09.2012
Bolehkah beri maksud kosa kata di bawah ini? 1 bertimbul balik 2 bertitik tolak 3 terkinja-kinja 4 tetupai 5 lemah lentur 6 buruk laku 7 lampu gantung 8 kecil molek 9 kering kersang 10 gelap mata Terima kasih1. Tiada dalam rujukan kami. 2. berasal atau berpunca (drpd). 3. terlonjak-lonjak (terloncat-loncat) kerana kegirangan dll: Dia ~ kegirangan selepas melihat keputusan peperiksaannya. 4. tupai-tupai. 5. tidak mudah patah (tetapi boleh dilentur­lentur), liat. 6. tidak baik kelakuannya. 7. lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding). 8. comel. 9. kering tidak subur (bkn tanah). 10. a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk http://prpm.gov.my. Cepat dan mudah. Makna25.02.2010
12

Kembali ke atas