| Apa maksud "libat urus"? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan libat membawa maksud melibatkan, iaitu menyebabkan atau membawa (seseorang atau sesuatu) masuk atau turut serta dalam sesuatu perkara, usaha, kegiatan dan sebagainya. Perkataan urus pula membawa maksud mengurus, iaitu mengendalikan atau menyelenggarakan sesuatu supaya berjalan dengan baik. Oleh itu, perkataan ini perlulah digunakan untuk konteks ayat yang bersesuaian dengan maksud yang diberikan. | Makna | 09.09.2021 |
| Assalamualaikum WBT / Salam 1Malaysia, Saya telah menggunakan applikasi Google Translate untuk terjemah perkataan Engagement. Jawapan yang diberi adalah LIBAT URUS. Carian di prpm.dbp.gov.my menunjukkan tiada perkataan tersebut. Mohon pandangan pihak tuan, adakah perkataan LIBAT URUS boleh digunakan. Sekian terima kasih | Perkataan LIBAT URUS boleh digunakan untuk terjemahan "Engagement". | Penyemakan dan penterjemahan | 08.09.2015 |
| Saya semak istilah libat urus dalam Khidmat nasihat DBP dan mendapati jawapan yang diberi petugas ada yang bercanggah. Adakah kita kata jawapan terkini membatalkan yang sebelumnya? | Perkataan libat membawa maksud melibatkan, iaitu menyebabkan atau membawa seseorang atau sesuatu masuk atau turut serta dalam sesuatu perkara, usaha, kegiatan dan sebagainya. Manakala perkataan urus bermaksud mengurus, iaitu mengendalikan atau menyelenggarakan sesuatu supaya berjalan dengan baik. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1319 dan 2484. | Makna | 19.04.2024 |
| Apakah perkataan Melayu yang paling sesuai untuk kata 'engagement' dan bolehkah berikan contoh-contoh ayatnya? | Perkataan yang sesuai bagi terjemahan "engagement" ialah libat urus. Contoh, Sejauh manakah agensi melaksanakan libat urus dengan pihak yang terlibat sebelum pelaksanaan dasar/program? | Penyemakan dan penterjemahan | 08.09.2015 |
| Salam Sejahtera dan Selamat Pagi, Saya Dzulkifli dari Pejabat Urus Setia Ketua Pengarah LPP (Cawangan Undang-undang). Pihak kami bercadang untuk mengadakan Sesi Libat Urus berkaitan Cadangan Pindaan Akta yang akan melibatkan pihak berkuasa tempatan seperti polis, sprm, dbkl, imigresen, kastam dan lain-lain badan beruniform. Justeru, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk semakan dan pandangan nama program yang betul bagi tujuan tersebut. Nama program yang dicadangkan adalah seperti berikut: SESI LIBAT URUS BERSAMA BADAN PENGUATKUASA MENGENAI CADANGAN PINDAAN AKTA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG 1973 (AKTA 110) DAN AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973 (AKTA 109) Segala perhatian dan pertimbangan pihak tuan dalam perkara in didahului dengan ucapan terima kasih. sekian. | Nama program yang sesuai ialah “Sesi Libat Urus Bersama-sama Badan Penguatkuasaan Tentang Cadangan Pindaan Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 110] dan Akta Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 109]”. | Lain-lain | 06.02.2026 |
| Saya dimaklumkan oleh rakan sejawat bahawa penggunaan imbuhan peng- adalah salah bagi perkataan libat. Berdasar carian soalan khidmat nasihat dinyatakan PELIBATAN adalah tepat dan PENGLIBATAN juga telah dientrikan sebagai betul berdasarkan keadaan semasa. Saya membuat carian di dalam kamus online dbp dan dinyatakan carian kata PELIBATAN tidak ditemui di dalam kamus terkini. Mohon pencerahan berkenaan penggunaan yang terkini. PELIBATAN atau PENGLIBATAN? | Apitan kata nama peN-...-an menjadi pe-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y, dan w. Oleh itu, kata terbitan yang tepat bagi libat ialah pelibatan. Walau bagaimanapun, kata terbitan penglibatan juga telah mantap penggunaannya dalam bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 121-122. | Tatabahasa | 18.07.2024 |
| Saya dapati perkataan "libat urus" banyak digunakan sebagai terjemahan perkataan "engagement". Walau bagaimanapun, semakan di laman web PRPM mendapati perkataan tersebut tidak wujud. Namun, perkataan tersebut ada dicadangkan oleh pihak tuan di ruangan Khidmat Nasihat. Mohon pencerahan lanjut. Terima kasih. | Berdasarkan pangkalan data kami, terdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk engagement, iaitu keterlibatan, perjanjian dan ikatan. Oleh itu, puan perlu memberikan maklumat tentang konteks penggunaan istilah tersebut untuk kami cadangkan terjemahan yang sesuai. | Istilah | 01.08.2018 |
| Kenapa kata dasar 'libat' menerima imbuhan yang berlainan hukumnya? Contoh: -melibatakan -penglibatan Bagaimana saya dapat jelaskan hukumnya kepada para pelajar? | Pelibatan dan penglibatan boleh digunakan. | Tatabahasa | 30.07.2007 |
| Salam sejahtera, saya ada pertanyaan untuk perkataan libat (perbuatan melibatkan diri). Sekiranya ada imbuhan di hadapan perkataan ini, adakah perkataan ini menjadi pelibatan atau penglibatan? Sekian, terima kasih di atas perhatian pihak DBP. | Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Pembentukan yang betul ialah melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan. Berdasarkan korpus, penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. | Tatabahasa | 17.08.2020 |
| adakah dan juga bole digunakan dalam satu ayat? Contohnya "Sehubungan itu, satu sesi libat urus yang terdiri daripada Perbincangan Kumpulan Fokus "dan juga" Dialog Perundangan 3R mengenai isu tersebut telah diadakan bagi mengkaji keberkesanan perundangan sedia ada. | Perkataan dan juga boleh digunakan dalam satu ayat. Kamus Dewan Perdana memberikan takrifan dan juga sebagai serta. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana hlmn. 475. | Tatabahasa | 21.11.2023 |