Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. licin lagi berkilat (rambut disapu minyak dsb); licin ~ licin sekali; 2. ki habis langsung (harta dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : licin serta berkilat (spt rambut disapu minyak). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, minta penjelasan bagi soalan berikut: 1)"Tolong maafkan saya" atau "Minta maafkan saya"? 2)"Dalam sekelip mata, makanan yang kami makan itu licin-licau." ayat ini betul?Bagi soalan 1, kedua-dua ayat "Tolong maafkan saya" dan "Minta maafkan saya" betul dan boleh digunakan. Kedua-dua ayat tersebut menggunakan kata permintaan tolong dan minta dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Bagi soalan 2, ayat "Dalam sekelip mata, makanan yang kami makan itu licin licau" betul dan boleh digunakan. Ayat ini ialah songsang yang mengalami pendepanan frasa sendi nama yang merupakan keterangan dalam predikat ke bahagian hadapan, iaitu mendahului subjek. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan hlmn. 451 dan 482.
Lain-lain13.09.2023
Apakah terma yang sesuai untuk "glazed" pada pastri, kek atau makanan? Kilauan, kilatan atau saduran? Contohnya, glazed donut.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

glazed - licau

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain21.06.2021

Kembali ke atas