Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lidah (kata nama)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa"Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh.Makna03.12.2007
Salam sejahtera khairun nisa', Soalan : apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa" Jawapan : Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Merujuk kepada jawapan daripada pihak tuan/pn, boleh disimpulkan bahawa maksud perkataan "berasa" dan "merasa" adalah sama. Penggunaan bahasanya juga adalah sama. contohnya, Saya berasa sakit. Saya merasa sakit. Saya berasa gembira. Saya merasa gembira. Adakah kenyataan saya betul?Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan makna (i) dan (iii), manakala merasa pula biasanya dikaitkan dengan makna (i)Tatabahasa06.12.2007
bagaimanakah menggunakan istilah 'rasa' dan ' berasa' dengan betul dalam pembinaan ayat?

Mengikut Kamus Dewan, kata “rasa” mempunyai makna (i) perihal sesuatu yg dikecap oleh lidah, keadaan yg dialami oleh bahagian tubuh, contohnya rasa  manis, tawar, masam, masin. Contoh ayat: Rasa badanku seperti dibakar dengan api. Makna (ii) tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa.  Contohnya: gula manis  rasanya . Makna (iii) rasa hati keadaan hati terhadap sesuatu: rasa sedih (kecewa, pilu, senang).  Makna (iv) anggapan tentang baik buruk (salah benar) pendapat, fikiran: rasa adil dan saksama; pada rasa saya.

 

Kata “berasa” pula bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit. Contoh ayat: Kakinya berasa sengal.  (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ;Contoh ayat: Kerana banyak sangat garam, masakan itu berasa sangat masin; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka, marah, geram. Contoh ayat: orang Melayu lekas berasa tersinggung.

Makna14.03.2014
(1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh menggantikan perkataan 'hang' dalam konteks ayat - "Anak saya akan gelisah jika peranti mudah alih yang digunakannya 'hang' " ? (2) Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan 'uneasy' dalam konteks ayat ini - "I feel uneasy when my mobile phone is broken" (3) Adakah 'tidak tenteram' , 'tidak senang' , 'gelisah' menggambarkan perasaan yang membawa maksud yang sama? (4) Adakah perkataan 'tergendala' boleh digunakan bagi menggambarkan telefon pintar yang sedang 'hang'? (5) Dalam konteks ayat ini - "Anak saya berasa tidak senang apabila peranti mudah alih yang digunakannya kehabisan bateri. " Perkataan yang sesuai adalah 'berasa' atau 'merasa'? Apakah yang membezakan kedua-dua maksud perkataan ini? Terima kasih.(1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh menggantikan perkataan 'hang' dalam konteks ayat - "Anak saya akan gelisah jika peranti mudah alih yang digunakannya 'hang' " ? 

Jawapan: Menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan, perkataan hang boleh bermaksud delay, iaitu tergendala. Maka, pihak kami mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi perkataan tersebut ialah tergendala.
 
(2) Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan 'uneasy' dalam konteks ayat ini - "I feel uneasy when my mobile phone is broken" 

Jawapan: Pihak kami mencadangkan padanan bagi perkataan 'uneasy' dalam konteks ayat tersebut ialah risau.


(3) Adakah 'tidak tenteram' , 'tidak senang' , 'gelisah' menggambarkan perasaan yang membawa maksud yang sama? 

Jawapan: ‘tidak tenteram' dan ‘gelisah’ membawa maksud yang sama. Namun, ‘tidak senang’ lebih tepat sekiranya ditambah dengan perkataan hati, iaitu ‘tidak senang hati’ (biasanya disebabkan oleh sesuatu perkara atau perbuatan).


(4) Adakah perkataan 'tergendala' boleh digunakan bagi menggambarkan telefon pintar yang sedang 'hang'? 

Jawapan: Perkataan tergendala boleh digunakan bagi menggambarkan telefon pintar yang sedang 'hang'


(5) Dalam konteks ayat ini - "Anak saya berasa tidak senang apabila peranti mudah alih yang digunakannya kehabisan bateri. " Perkataan yang sesuai adalah 'berasa' atau 'merasa'? Apakah yang membezakan kedua-dua maksud perkataan ini? Terima kasih.

Jawapan: Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan makna kedua-duanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya, perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan makna (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit, dan (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Merasa pula biasanya bermaksud mengalami rasa dengan lidah seperti manis atau masin. Oleh sebab itu, pihak kami mencadangkan penggunaan perkataan berasa dalam konteks ayat yang diberikan.

Makna09.11.2019

Kembali ke atas