Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lidi I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, maaf mengganggu saya ada pertanyaan apa maksud peribahasa 1. bagai kucing dibawakan lidi 2. semisal udang dalam tangguk bolehkah DBP Malaysia terangkan dengan lebih jelas lagi. Sekian Terima Kasih.1. Peribahasa “Bagai kucing dibawakan lidi" bermaksud “sangat ketakutan”.
2. Peribahasa yang betul berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah “Menggeletik-geletik seperti udang dalam tangguk” atau “Udang merentak dalam tangguk” bermaksud “tidak tenteram, sangat gelisah dan susah”. 

Sastera20.12.2022
1.Tugas guru (ialah, adalah) mengajar murid-murid. 2. Dia (mencatat, mencatatkan) nama di dalam buku catatan. 3. Se(berkas, batang) penyapu lidi. 4. Mengapakah kebanyakan kata kerja di dalam buku teks KSSR terbitan baru DBP untuk SRJK Tahun 1 ditulis tanpa imbuhan me-? Contohnya> Mereka tanam pokok. Mereka nyanyikan lagu. Mereka kibarkan bendera.

1. Tugas guru ialah mengajar murid-murid.

2. Dia mencatatkan nama di dalam buku catatan.

3. Seberkas penyapu lidi.

4. Terima kasih atas maklumat yang diberikan, pihak kami akan memaklumkan kepada pihak yang berkenaan tentang perkara ini.

Tatabahasa20.03.2011
Adakah perkataan akal dalam ayat ini digunakan dengan betul ? 1 Akal yang tajam dan kreatif perlu dilatih supaya semakin mantap dan berkesan. 2 Akal fikiran yang tajam amat diperlukan oleh peserta pertandingan pantun ini. Dalam ayat ini, apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggantikan perkataan jadual? 3 Puan Alisa dijangka akan bersalin pada hari ini walaupun kandungannya belum cukup jadual. 4 Apakah maksud i seperti anjing menyalak bukit ii ular lidi nak telan naga iii sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina iv pelanduk dua serupa Terima kasih

1. Boleh digunakan juga perkataan minda

2. akal = fikiran. Sila gunakan salah satu sahaja.

3. tempoh

4.i. Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. ii. Peribahasa yang betul ialah naga ditelan ular lidi bermaksud Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. iii.sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang, iv.dua orang yg seakan-akan sama rupanya

Tatabahasa06.10.2010
Ini buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2 SJKC jilid 2, muka surat. Saya amat keliru dengan soalan di sini. Apakah jawapan yang sepatutnya bagi soalan 1 dan 3 ? Rasanya soalan 3 amat pelik.Salam sejahtera,

Bersama-sama ini dilampirkan maklum balas jawapan bagi Buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2 SJKC jilid 2

Selain teks, gambar juga memainkan peranan sebagai klu jawapan bagi aktiviti ini.
 
1. pantas seperti kilat (menggambarkan kepantasan Wira Angkasa)
2. kurus seperti lidi (menggambarkan kekurusan pemuda tersebut)
3. gagah seperti gergasi (menggambarkan kegagahan kumpulan pemuda tersebut)
4. tinggi seperti galah (menggambarkan ketinggian murid-murid yang bermain bola kerajang)
 
Sekian, terima kasih.
Lain-lain25.10.2021

Kembali ke atas