Adakah semua perkataan Melayu yang dieja pada hujungnya huruf "a" berbunyi "e" ? Contoh: Musa, Isa, Putra Jaya, Juta, Minda, Liga, Merdeka, Malaysia, Korea, Cuba (nama negara) dan banyak lagi. Saya sering mendengar berita radio yang kadang-kadang disebut "a" dan kadang-kadang disebut "e". | Bunyi dan sebutan "a" a yang betul bagi perkataan yang hujung hurufnya "a" dan bukannya berbunyi "e". Bagaimanapun bagi stesen radio dan penyiaran di Malaysia, sebutan bagi perkataan pinjaman hendaklah sebutan baku dan bagi perkataan lain ialah Johor-Riau. Harap maklum. | Lain-lain | 18.09.2007 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "super league"? Teks ini akan digunakan untuk laman web berkenaan bola. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "super league' ialah liga super. | Istilah | 03.10.2013 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Premier League"? Contoh ayat: English Premier League competition. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "Premier League" dalam pangkalan data istilah kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Liga Perdana. | Istilah | 09.10.2013 |