Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.hat] | ليهت

Definisi : pandang, tengok; salah ~ salah (silap) pandang; berlihat-lihatan saling memandang, berpan­dang-pandangan; melihat 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; melihat-lihat melihat sesuatu secara santai, sambil lalu, bersenang-senang dsb: kemudian aku duduk sambil ~ apa yg terdapat di dlm bilik baginda itu; kami mengambil peluang utk ~ sekitar kawasan pondok yg menempatkan pelajar lelaki itu; melihati memerhati dgn teliti, memandang dgn sungguh-sungguh, mengamat-amati: panjat olehmu, lihati apa halnya mayang itu; melihatkan melihat akan, memandang kpd: ia berasa sedih ~ ibunya bekerja keras; memperlihatkan 1. menunjukkan supaya dilihat: Bonda Kandung mulai makan hati berulam jantung, makin tidak kuasa ~ muka kpd orang; 2. menampakkan, menunjukkan, mendedahkan kpd pandangan atau tanggapan orang: drpd raut mukanya, ternyata Tengku Aniah tidak ~ umurnya yg sebenar; dunia abad ke-20 ~ kemajuan ilmu yg sangat pesat; terlihat 1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; 2. telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera diambilnya; 3. terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat utk memandang): ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yg duduk di sampingnya itu mengerling; lihatan apa yg dilihat: pengalaman yg di­tempuh dinyatakan melalui imej rasaan dan ~; ~nya dlm kegelapan itu berpusar dan terus berpusar; kelihatan 1. dapat dilihat, tampak: hari itu redup dan muram, matahari belum ~ sejak empat jam tadi; 2. = kelihatannya nampak­nya, pd lahirnya, rupanya: Datuk Empat Ujang ~ termenung; 3. diketahui, jelas, ternyata: ~ benar apa tujuannya; pelihatan, penglihatan 1. kuasa (panca­indera) utk melihat, kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang, pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3. perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu; pelihat orang yg pandai meramal atau menilik apa yg akan berlaku (terjadi dll); penglihat 1. = penglihatan kuasa (panca­indera) utk melihat; 2. orang yg pandai meramal (menilik dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.hat] | ليهت

Definisi : ; berlihat-lihatan saling memandang. melihat 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. melihatkan melihat akan; memandang kpd: Dia kasihan ~ anaknya yg sakit terlantar di hospital. memperlihatkan menunjukkan sesuatu supaya dpt dilihat; menayangkan wayang gambar dll: Murid-murid itu telah ~ tarian zapin kpd para pelancong. kelihatan 1 dpt dipandang atau dilihat: Anak bulan belum ~, jadi besok belum lagi kita berpuasa. 2 nampaknya; lahirnya; rupanya: Dia ~ takut dan cemas. 3 ternyata; diketahui; ketahuan: Sekarang sudah ~ siapa yg bersalah. penglihatan 1 kebolehan utk melihat: ~ yg tajam. 2 pancaindera utk melihat: ~nya sudah rosak. 3 apa-apa yg dilihat atau dipandang; pandangan: Pd ~ Abdullah, di situ ada orang menjual nasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bunga cina tanaman Cina,
     Mari bungkus di atas kertas;
Lihat saya bena tak bena,
     Tak usah harap katakan lepas.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Berkata siang melihat-lihat,
     berkata malam mendengar-dengar.

Bermaksud :

Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk soalan-soalan (1) & (2) di bawah, yang manakah betul? 'boleh kamu lihat' atau 'kamu boleh lihat? (1) Apakah benda-benda lain yang boleh kamu lihat di dalam hutan? (2) Apakah benda-benda lain yang kamu boleh lihat di dalam hutan?Ayat yang gramatis ialah Apakah benda-benda lain yang boleh kamu lihat di dalam hutan?Tatabahasa21.12.2011
dalam kamus dewan ada simbol anak panah: bermaksud bererti, contoh sink- beerti lihat juga singki. adakah penggunaan sink boleh digunakan dalam bahasa rasmi/baku atau kedua-duanya boleh diguna pakai.Tanda anak panah bererti lihat, maksudnya lihat perkataan yg di hadapan. contohnya perkataan analisa hendaklah melihat kpd perkataan di hadapannya iaitu analisis. Justeru perkataan analisis adalah yg baku, walau bagaimanapun perkataan analisa masih terakam dlm kamus kerana masih sering digunakan di kalangan awam.Lain-lain07.08.2007
lihat lampiranDi negara ini, konferensi memang selalu diadakan sama ada oleh pihak kerajaan ataupun yang lainnya. Dalam konteks DBP, konferensi ini selalunya berkisar pada persoalan tentang kebahasaan ataupun kesusasteraan yang diungkapkan melalui MABBIM, Mastera, mahupun MABM. Berjaya ataupun tidak sesutu konferensi itu bergantung pada keputusan akhir yang dicapai oleh kedua-dua belah pihak.Terima kasih.Lain-lain13.10.2006
Harap dapat memberi nasihat mengenai kata sendi yang paling sesuai digunakan dalam konteks berikut: "Lihat hotel pada peta" atau "Lihat hotel di atas peta". Ini berkait dengan peta yang disertakan di laman web. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah "Lihat hotel pada peta".Tatabahasa25.05.2012
Saya merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, perkataan atlet mempunyai penjelasan manakala perkataan atlit mempunyai anak panah yang merujuk kepada perkataan atlet. Ejaan yang manakah yang harus digunakan dalam penggunaan Bahasa Melayu rasmi?

Tanda anak panah bererti lihat, iaitu lihat perkataan di hadapan. Oleh itu, ejaan yang betul ialah atlet.

Ejaan23.08.2011
saya lihat ramai anak muda sekarang suka berbahasa inggeris daripada bahasa melayu. adakah pihak tn. setuju bahawa anak muda suka berbahasa inggeris adalah disebabkan proses pembentukan kata bahasa melayu banyak berunsurkan bahasa inggeris.contohnya seperti perkataan akronim seperti felda, rtc dan sebagainya.berikan ulasan anda...Pada pandangan saya pembentukan akronim hanyalah sebahagian kecil daripada unsur bahasa yang tidak sepatutnya menyumbang kepada kegoyahan jati diri rakyat Malaysia kepada bahasa kebangsaan lebih-lebih lagi orang Melayu kepada bahasa ibundanya sendiri. Keutuhan jati diri penting bagi setiap rakyat Malaysia termasuklah mempunyai rasa sayang akan bahasa kebangsaannya. Tidak salah untuk sesiapa sahaja termasuklah anak muda menggunakan apa-apa bahasa sekalipun asalkan dalam konteks dan tempat yang betul. Dalam urusan rasmi dan kenegaraan bahasa Melayu ialah bahasa pengantarnya. Wallahua'lam.Lain-lain08.03.2013
sila lihat lampiran failPenggunaan bahasa dalam iklan tuan betul. Untuk pengesahan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain11.10.2012
Sila lihat lampiran. Terima kasih.Syabas, atas semangat tuan mendaulatkan bahasa Melayu. Kami akur dengan beberapa kenyataan saudara, dalam banyak perkara bahasa Melayu tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Banyak kesalahan bahasa yang kita temui dan yang paling menghiris hati tidak ada langsung penggunaan bahasa Melayu sedangkan penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain memenuhi ruang iklan tersebut. Banyak perkara lagi yang menyakitkan mata dan hati kerana seperti yang tuan nyatakan kesalahan/tida ada langsung penggunaan bahasa Melayu ada di mana-mana. Dalam hal ini DBP bertindak melalui undang-undang kecil dan garis panduan yang ada di PBT. DBP belum ada kuasa untuk menguatkuaskan akta yang berkaitan. DBP memantau dan kesalahan yang ditemui disalurkan kepada pihak yang berkaitan.Lain-lain18.06.2012
Sila lihat lampiran. Harap tuan/puann boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.

1.   Kasut kaca terlucut daripada kakinya.

2.   Dia menyamar sebagai penjual pelita.

3.   “Tukar pelita lama dengan pelita baru!” jeritnya. 

4.   Dia menyuruh Jin Pelita menghantar ahli sihir itu ke tempat yang jauh dan mengembalikan istananya.

5.   Dia tinggal di dalam hutan bersama dengan ibunya. 

6.   Dia berjalan pantas tetapi berhenti bagi memetik bunga-bungaan untuk neneknya.

7.   Dia berkahwin dengan Putera Raja dan hidup bahagia selama-lamanya.

Tatabahasa11.01.2012
saya ada lihat satu soalan bekenaan dengan perkataan yg mana betul sama sekali atau pun samasekali.kesalahan adalah dari segi tatabahasa.boleh tak huraikan kenapa sama sekali.tatabahasa dari segi kata nama ke,adverba ke?mohon penjelasan

Untuk memberikan jawapan kepada pertanyaan ini, saudara dimohon agar dapat memberikan contoh ayat yang lengkap bagi membolehkan pihak kami mengenal pasti penggolongan jenis kata ini. 

Istilah24.04.2009
12345678910...

Kembali ke atas