penggunaan 'antara dan di antara' cth: persahabatan antara Lili dan Daniel.... persabatan di antara Lili dan Daniel... yang mana satu betul penggunaannya? | Penggunaan yang betul ialah persahabatan antara Lili dan Daniel. Hal ini disebabkan kata sendi nama "antara" perlu hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaannya, Mereka berbincang antara adik-beradik. Sementara penggunaan kata 'antara' sebagai kata arah yang mengikuti kata sendi nama di-. Contohnya ialah Rumahnya terletak di antara sebuah tasik dengan sawah padi. | Tatabahasa | 30.07.2015 |
Puan Lili menghulurkan seplastik buah oren kepada Siti. Tuan, ada perkataan lain tak yang boleh saya guna untuk menggantikan perkataan seplastik? | Buah oren boleh dibilang, lazimnya kita menyebut berdasarkan bilangan seperti satu biji buah oren atau dua biji buah oren. Jika buah tersebut dibungkus bolehlah digunakan satu bungkusan buah oren. | Tatabahasa | 17.05.2012 |
Adakah ayat berikut betul ataupun salah? 1. Ayah berkebun pokok bunga 2. Lili berkebun sayur-sayuran 3. Datuk Ali mencangkul di batas 4. Ali menyiram di atas pokok bunga | Ayat 1 dan 2 betul. Ayat 3: Datuk Ali mencangkul tanah di batas. Ayat 4: Ali menyiram pokok bunga. | Tatabahasa | 18.05.2016 |
Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. *Ini raga. *Ini raga Rafi. *Raga Rafi ada tali. *Di dalam raga ada ubi. *Rafi beri ibu lima ubi. *Ibu cuci ubi. *Aaaa... ubi itu ada ulat! *Itu nuri. *Itu nuri Zul. *Zul ada dua nuri. *Nama nuri ini Lili. *Nama nuri itu Lulu. *Lili suka ciku. *Lulu suka nasi. *Zul suka Lili dan Lulu. | Jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP. | Lain-lain | 27.12.2016 |
Apakah perbezaan antara kepada , untuk dan terhadap ? Saya menghadapi masalah utk menerangkan kpd anak murid saya yang selalu 'confuse'. Cth ayat anak murid : 1) Pelayan itu menulis pesanan makanan untuk pelanggannya. 2) Pelanggan itu memesan makanan kepada pelayan itu. 3) Kita harulah hormat terhadap ibubapa kita. 4) Lili menulis surat untuk ibunya di kampung. 5) Ahmad menulis surat kepada ibunya di kampung. TQ | Secara keseluruhannya ayat yang dikemukakan adalah betul daripada penggunaan kata sendinya cuma terdapat bebarapa formula antaranya: 1. kata sendi untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. 2. dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua sendi nama yang seupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan,atau,tetapi kecuali dalam penggabungan sendi nama yang menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum kata sendi nama pertama | Tatabahasa | 18.12.2007 |