Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata limitation


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam.. "study limitation" = LIMITASI / PENGEHADAN / HAD / BATASAN/ PEMBATASAN kajian; manakah antara berikut yang bersesuaian ? Terima kasihMaksud yang sesuai bagi Study Limitation ialah  Pengehadan atau Pembatasan KajianMakna31.05.2016
apakah padanan dalam BM utk ayat berikut: What patience! What suffering! What limitation! What restriction!Sila kemukakan cadangan terjemahan ayat tersebut untuk kami semak penggunaan bahasa yang digunakan. Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan ayat, kecuali perkataan yang berkaitan dengan istilah khusus dalam bidang tertentu.Penyemakan dan penterjemahan01.09.2019
Adakah padanan dalam BM utk ayat berikut sesuai? What patience! What suffering! What limitation! What restriction! Alangkah besarnya kesabaran itu! Alangkah peritnya penderitaan itu! Alangkah kerasnya batasan itu! Alangkah ketatnya pengehadan itu!Padanan terjemahan yang sesuai ialah Alangkah besarnya kesabaran itu! Alangkah peritnya penderitaan itu! Alangkah sempitnya batasan itu! Alangkah ketatnya pengehadan itu! Penyemakan dan penterjemahan10.09.2019
Adakah wujud perkataan "limitasi" dalam istilah bahasa melayu?Perkataan limitasi belum pernah terakam dalam mana-mana kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehubungan dengan itu, pihak kami mencadangkan istilah pembatasan atau pengehadan sebagai padanan bagi istilah limitation.Penyemakan dan penterjemahan24.06.2025

Kembali ke atas