Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apakah maksud yang tepat bagi frasa ini? Konteks adalah berkenaan langkah pencegahan bencana banjir. "Flood/Inundation Mesh Model" - Model Jaringan Banjir/Pembanjiran - Model Jaringan Banjir/Limpahan - Model Mesh Banjir/Limpahan | Berdasarkan rujukan kami, perkataan flood dan inundation mempunyai makna yang hampir sama. Dalam data kami terdapat istilah inundation yang dipadankan dengan pembanjiran. Pembanjiran bermaksud; 1. Pelimpahan air mengatasi tebing biasa sungai atau badan air lain atau pengumpulan air, melalui saliran pada kawasan yang biasanya tidak ditenggelami air.,2. Pelamparan air secara terkawal untuk pengairan dan sebagainya yang digunakan dalam bidang geografi. Sehubungan itu, cadangan kami bagi perkataan Flood/Inundation Mesh Model ialah Model Jaringan Pembanjiran jika bersesuaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.08.2018 |
siapakah pengarang novel tingkatan satu limpahan darah disungai semur?boleh berikan biodatanya? | Salam Sejahtera, Nama pengarang novel yang dimaksudkan ialah Zakaria Salleh. Biodata : Tarikh Lahir : 13 Mei 1944 Tempat Lahir : Taiping, Perak Kerjaya : - Pegawai ATM (bersara) - Pegawai Bentara di Parlimen Malaysia Karya : Novel-Malam Berapi di Kalabakan - Pahlawan Gubir - Biografi Seorang Jeneral (Tan Sri Abd. Hamid Bidin) - Limpahan Darah di Sungai Semur Novel Remaja : - Kerana Budi Hati Terpaut - Bosku Kekasihku - Sekeping Hati yang Retak Antologi Puisi : - Selagi Ombak Mengejar Pantai Antologi Cerpen : -Penyertaan Hadiah/Anugerah : - Peraduan Menulis Skrip Drama TV Berunsur Islam (Sagu hati) anjuran Pusat Islam | Lain-lain | 16.05.2007 |
Apakah terjemahan frasa bahasa Inggeris ini kepada bahasa Melayu: "spillover effect"? | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan KNB. Terjemahan bagi frasa bahasa Inggeris tersebut ialah 'Kesan Limpahan' | Makna | 20.06.2020 |
selamat sejahtera. saya ingin mengetahui perkataan flushing toilet, overflow, dan first flush dalam Bahasa Melayu (mengenai rainwater harvesting). sekian, ribuan terima kasih didahului atas bantuan tuan/puan. | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dikemukakan : flushing toilet = tandas pam atau tandas kumbah; overflow=limpahan atau melimpah; first flush=pam atau kumbah pertama | Istilah | 11.09.2008 |