Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata linda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Lim Linda boleh tanya....adakah kamus dewan akan menerbitkan edisi terbaru? Sebab saya tak dapat beli di kedai buku. Terima kasih.Puan Lim Linda, sebagai makluman puan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak menerbitkan Kamus Dewan edisi terbaharu . Namun begitu, kamus terkini keluaran DBP ialah Kamus Melayu Inggeris Dewan (Dwibahasa). Puan boleh mendapatkan kamus ini di kedai buku DBP. Puan juga dialu-alukan untuk melayari laman rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka dan boleh mengunjungi Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP (PRPM) dan gerbang Kata DBP untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan membantu untuk carian kata. Terima kasih diucapkan kerana bersama-sama menyemarakkan rasa kasih kepada bahasa kebangsaan. Bahasa Jiwa Bangsa.-DBP.Lain-lain07.01.2014
Pertanyaan saya telah dilampirkan seperti dalam dokumen yang berikut. Saya berharap agar pihak DBP dapat membantu saya berkenaan hal ini.

Salam sejahtera.

Bahan Rujukan Pusat Dokumentasi Melayu

Hasil semakan dalam sistem http://pustakav2.dbp.gov.my/. Makalah  tersebut  terakam dalam Majalah Dewan Bahasa bulan Jun  1998. Memandangkan  sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mohon hantar permohonan  untuk mendapatkan bahan tersebut kepada Pustakawan DBP seperti maklumat yang berikut, untuk tindakan selanjutnya:

a. Dr. Wan Khairoslinda Wan Khairi: linda@dbp.gov .my

b. Mohd Salman bin Zainol : salman@dbp.gov.my.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.

Lain-lain02.06.2021
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? 'isteri dan permaisuri'' terima kasih..Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna isteri ialah perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini. Permaisuri ialah isteri raja, raja perempuan: sekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan kerana ~ Pahang telah mangkat; 2. ki isteri (biasanya dlm bahasa puitis): ketika itu juga, beliau melamar Linda utk menjadi ~nya; ~ raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan prb perihal orang miskin atau hina menyamai orang yg kaya-kaya dlm perasaan hatinya.Makna17.04.2010
Assalamualaikum DBP. Saya menjalankan kajian berkaitan Bahasa Melayu di Kepulauan Natuna dalam tesis saya. Saya menemui bibliografi bagi kajian tersebut, iaitu 'James T. Collins. (1998). Bahasa Melayu di Kepulauan Natuna: Tafsiran dan Klasifikasi Awal. Jurnal Dewan Bahasa. 42(6): 539 - 555'. Di manakah saya boleh mendapatkan salinan tersebut? Jika ada salinan tersebut, bolehkah pihak DBP menyertakan alamat e-mel atau nombor telefon bagi pihak yang berkenaan untuk saya hubungi bagi mendapatkan salinan tersebut. Jika tidak dapat diberikan secara percuma, saya berminat hendak membelinya.

Salam sejahtera.

Bahan Rujukan Pusat Dokumentasi Melayu

Hasil semakan dalam sistem http://pustakav2.dbp.gov.my/. Makalah  tersebut  terakam dalam Majalah Dewan Bahasa bulan Jun  1998. Memandangkan  sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mohon hantar permohonan  untuk mendapatkan bahan tersebut kepada Pustakawan DBP seperti maklumat yang berikut, untuk tindakan selanjutnya:

a. Dr. Wan Khairoslinda Wan Khairi: linda@dbp.gov .my

b. Mohd Salman bin Zainol : salman@dbp.gov.my.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.


Lain-lain02.06.2021
Assalamualaikum wbt Tuan, a) Apakah status izin terbit n bilakah penerbitan semula Fiqh & Perundangan Islam, zuhaili, DBP? b) Bolehkah saya pinjam Fiqh & Perundangan Islam, zuhaili, DBP, dari pihak DBP, bagaimana caranya? c) Adakah masih diterbitkan Tafsir Mubin dan adakah boleh dibeli dari pihak DBP? d) Bolehkah pihak DBP berkongsi atau dibelu salinan digital Tafsir Mubin dan Fiqh & Perundangan Islam, memandangkan tiada lagi di pasaran Sekian, terima kasih, shaharSalam tuan,

Buku Fiqh dan Perundangan Islam,

Terima kasih atas maklum balas berkaitan dengan penerbitan buku terjemahan karya Profesor Dr. Wahbah al-Zuhayli, Fiqh dan Perundangan Islam.

Untuk makluman tuan, buku Fiqh dan Perundangan Islam tidak dapat diterbitkan semula kerana izin terbit buku tersebut telah tamat. Urusan permohonan izin tebit semula buku tersebut telah diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek DBP. Walau bagaimanapun, faktor kos yang tinggi untuk mendapatkan semula izin terbit dan terjemahan beberapa jilid tambahan buku berkenaan menyebabkan penerbitannya terpaksa ditangguhkan.

Buku terjemahan Fiqh dan Perundangan Islam yang diterbitkan oleh DBP ada ditempatkan di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM). Oleh itu, tuan boleh menghubungi Dr. Wan Khairoslinda Wan Mohd Khai melalui nombor telefon 03- atau e-mel linda@dbp.gov.my untuk urusan selanjutnya.

Urusan pembelian buku Tafsir Mubin boleh dilakukan di Kedai Buku DBP Hulu Kelang atau melalui portal DBPNiaga.my sekiranya masih ada stok.Tuan boleh berhubung dengan Encik Muhammad Rasul bin Abd Manan melalui nombor telefon 03-4100 0000 atau e-mel rasul@dbp.gov.my.bagi tujuan tersebut.

Untuk makluman tuan, buku terjemahan Fiqh dan Perundangan Islam dan Tafsir Mubin tidak diterbitkan dalam bentuk digital.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain02.10.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan 'access' untuk pemacudbp.dbp.gov.my? Saya memerlukan beberapa bahan untuk kajian sastera 'Malaysian Literature'. Terima kasihSalam puan,

pemacudbp.dbp.gov.my dan maklumat kajian sastera 'Malaysian Literature'. 


Untuk makluman, pemacudbp.dbp.gov.my terhad kepada akses staf Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja.  

Berhubung dengan bahan untuk kajian sastera 'Malaysian Literature': 

Untuk maklumat DBP telah menghasilkan kajian dan menerbitkan Sejarah Kesusasteraan Melayu Jilid 1 (1920-1930),  Sejarah Kesusasteraan Melayu Jilid 2  (1940- 1970), Kesusasteraan Melayu Moden (1940-1969),  Kesusasteraan Melayu Moden (1970-1979),  Kesusasteraan Melayu Moden (1980-1989),  dan manuskrip “Kesusasteraan Melayu Moden (1990-1999)” yang masih dalam peringkat penerbitan.

Bahan-bahan kajian atau buku ini boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP Kuala Lumpur atau Wilayah dan Cawangan

Bersama-sama ini dilampirkan maklumat pustakawan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP Kuala Lumpur:

a. Dr. Wan Khairoslinda Wan Khairi: linda@dbp.gov .my

b. Mohd Salman bin Zainol : salman@dbp.gov.my.

Puan juga boleh membuat pencarian/pembelian di  https://dbpniaga.my/ (sekiranya masih ada stok).

Selain itu, puan juga boleh merujuk sebuah buku dalam bahasa Inggeris yang ditulis oleh SN Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh berkaitan “Malaysian Literature” bertajuk “An Introduction To Modern Malaysian Literature” (2008:ITBM).

Sekian, terima kasih

 


Lain-lain08.08.2021
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Boleh saya tahu siapakah pembaca sasaran secara terperinci bagi buku: a) Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III oleh Zainal Abidin Ahmad penerbitan tahun 2000 dan b) Practical Malay Grammar oleh Shellabear tahun 1904. Hal ini dalam membantu penulisan sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia Harap pihak tuan/puan dapat membantu saya, sekian terima kasih
Salam tuan,

Sasaran pembaca

Golongan sasar pembaca bagi kedua-dua buku tersebut ialah golongan pencinta bahasa. Namun begitu, sesiapa yang berminat untuk mendalami aspek bahasa dan linguistik boleh membacanya untuk menambahkan ilmu. 

Sekiranya pihak tuan ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan kajian tersebut, bolehlah mendapatkan bahan rujukan daripada Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), melalui sistem Katalog awam dalam talian (KAWAT) atau melalui laman web: http://pustakav2.dbp.gov.my/


Pegawai Pustakawan yang boleh dirujuk:

a. Dr. Wan Khairoslinda Wan Khairi: linda@dbp.gov .my

b. Mohd Salman bin Zainol : salman@dbp.gov.my.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.



Lain-lain03.01.2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan, Bagaimana caranya untuk membeli buku DBP Totto Chan Gadis Kecil di Jendela? Merujuk kepada perkara di atas, besarlah harapan saya untuk dapat membeli semula naskhah buku karangan Tetsuka Kuroyanagi yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu oleh pihak DBP seperti gambar foto yang dilampirkan. Ini berikutan buku tersebut yang pernah saya baca sewaktu kecil dulu telah hilang dalam simpanan dan saya amat sayang pada buku itu. Berulang kali membacanya tetap tidak jemu. untuk makluman pihak Tuan, saya telah lama berusaha mencari naskah buku alihbahasa dalam Bahasa Melayu tersebut untuk dibeli, namun masih gagal hingga kini. Buku alih bahasa Bahasa Melayu tersebut sangat indah susunan tulisannya membuatkan rasa berkesan dalam jiwa dan mencetus imaginasi cerita yang menarik dalam fikiran. Justeru itu, mohon pihak tuan untuk memaklumkan untuk saya dapat membelinya semula naskhah yang telah dialih bahasa dalam Bahasa Melayu yang sangat bagus tersebut. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menjalankan amanah, Rosewati Binti Mohd Yusuff

Salam sejahtera.

Buku Totto Chan Gadis Kecil di Jendela

Hasil semakan dalam sistem https://dbpniaga.my/. Judul tersebut tiada dalam stok. Ini kerana buku ini merupakan buku lama dan setakat ini tidak dicetak lagi. Kami mohon maaf atas kesulitan untuk mendapatkan buku tersebut.

Walau bagaimanapun, hasil semakan dalam sistem http://pustakav2.dbp.gov.my/. Judul  tersebut  ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Memandangkan  sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekiranya puan ingin  membaca semula buku tersebut, bolehlah berurusan dengan Pustakawan DBP seperti maklumat yang berikut:

a. Dr. Wan Khairoslinda Wan Khairi: linda@dbp.gov .my

b. Mohd Salman bin Zainol : salman@dbp.gov.my.

Terima kasih atas keprihatinan dan Kerjasama.
Lain-lain05.08.2021

Kembali ke atas