Selamat petang! Sila bantuan membetulkan perkataan bawah ini. Terima Kasih! 1). Pembentukan semula wajah (english: Face Reshaping) 2). Lingkaran gelap di bawah mata (english: Eye Bag) | Frasa Pembentukan semula wajah dan Lingkaran gelap di bawah mata. | Pembinaan Bakat | 16.07.2012 |
1. Apakah bezanya perkataan ganggam dan cekak? 2. Apakah makna perkataan 'karih'? 3. Soalan ..Nasi yang telah masak _____ oleh ibu sebelum menghidangkannya. ( Pilihan jawapan: dikarih, dikacau , mana yang lebih tepat) Terima kasih. | 1. Tidak wujud istilah ganggam. Mungkin yang saudara maksudkan ialah genggam. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, genggam bermaksud kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang. Cekak pula bermaksud ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yang dibuat dengan mempertemukan ibu jari dengan ibu jari lain. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, karih bermaksud mengacau, mengarau, mengaduk. 3. Berdasarkan konteks ayat, jawapan yang tepat ialah dikarih. | Tatabahasa | 12.04.2010 |
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan) | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama. | Makna | 17.02.2010 |