kalang II; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri;--contoh di atas adalah dari kamus dewan. 1) Menurut jawapan yang diberikan oleh pihak DBP dalam khidmat nasihat, tuan menyokong "dlm kalangan". "dlm kalangan" tidak pernah muncul dlm contoh ayat kamus dewan dan hanya muncul dlm majalah. Jadi, adakah ini bermakna contoh dari kamus dewan tidak gramatis? 2) "Puan Siti sayangkan anaknya." Penggunaan "sayangkan" gramatis atau tidak? "sayangkan" terdapat dlm kamus dewan dan adakah penggunaan ini hanya untuk pantun? | Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kamus umum yang pengumpulan datanya dibuat berdasarkan kajian korpus. dari segi penggunaan dalam korpus yang dikaji frasa 'di kalangan' dan 'sayangkan anak' digunakan dengan meluas. Walau bagaimanpun frasa yang lebih tepat adalah 'dalam kalangan'. Kata sendi 'di' digunakan untuk merujuk tempat. Ayat yang betul ialah Puan Siti menyayangi anaknya atau Puan Siti sayang akan anaknya. | Tatabahasa | 06.03.2008 |
Salam sejahtera, menurut Tatabahasa Dewan edisi keempat, kata sendi nama “antara” digunakan untuk merujuk lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Adakah ini bermakna sekiranya saya ingin merujuk sesuatu yang mempunyai lingkungan ruang atau jarak, “antara” perlu dihadiri dengan “di”, yakni “di antara”? Bagaimanakah penggunaannya dalam konteks jarak yang terdiri daripada 2 objek dengan jarak yang terdiri daripada 3 objek? Contohnya, Jarak antara/di antara rumah Ali dan/dengan sekolahnya ialah 5km. [konteks ini melibatkan dua objek, yakni Ali (objek 1) dan sekolah Ali (objek 2)]. Bagaimanakah sekiranya lingkungan jarak tersebut melibatkan tiga objek? Mutu berdiri antara/di antara Shami dengan Ahmad. [Dalam konteks ini, terdapat tiga objek, yakni, Shami (objek 1), Mutu (objek 2) dan Ahmad (objek 3)] Adakah “antara” mesti berpasangan dengan kata hubung “dan” manakala “di antara” perlu berpasangan dengan kata sendi “dengan”? Apakah jawapan yang betul? Mohon beri tunjuk ajar. | Jika mempunyai ruang atau jarak, gunakan di antara, termasuk objek yang melebihi satu. Masukkan tanda koma bagi objek melebihi satu dan diakhiri dengan dan. Antara berpasangan dengan kata sendi dengan kerana menunjukkan perbandingan. | Tatabahasa | 04.06.2010 |
1. Makna bahasa? 2. Hubungan bahasa dengan otak manusia? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa ialah 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 12.04.2010 |
APAKAH MAKSUD BAHASA??? | Saudara Suraya, Perkataan bahasa bermaksud 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun; kurang ~ kurang sopan; tidak tahu ~ tidak sopan santun; ~ alamiah = ~ tabii bahasa yg digunakan oleh manusia dlm keadaan semula jadi; ~ asing bahasa selain bahasa ibunda, yg biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 106. | Makna | 12.02.2010 |
1.makna 'bahasa' 2.Makna 'komunikasi' 3.makna 'papan 'tanda' 4.makna 'papan kenyataan' (mengikut kamus dewan dan tokoh-tokoh) terima kasih.... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa bermakna sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb). Komunikasi pula bermakna perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll). Papan tanda pula ialah papan nama sesuatu tempat (kawasan). Papan kenyataan pula ialah papan tempat ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dll). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 16.04.2009 |
1) di kalangan adik-beradik atau di kalangan adik. 2) sepasang seluar atau sehelai seluar. | 1. Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. Sementara kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak'. Oleh itu, frasa yang betul ialah dalam kalangan adik-beradik 2. Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, sepasang bermaksud satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap dan sehelai bermaksud satu helai. oleh itu, jawapan yang betul ialah sehelai seluar. | Tatabahasa | 20.03.2011 |
mana satu yang benar? 1. dalam kalangan atau di kalangan. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah dalam kalangan kerana kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Sementara kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 19.02.2010 |
apa maksud paradima | Paradigma ialah 1. daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan; 2. contoh atau model yang jelas tentang sesuatu: kedudukan dunia media hari ini mempunyai empat trend utama yang diterima sebagai ~ yang universal; 3. lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yang ada; anjakan ~ peralihan paradigma daripada satu lingkungan atau batasan kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik). | Makna | 27.08.2010 |
Apakah yang dimaksudkan dengan takrif bahasa? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 106 bahasa bermaksud 1. sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia(antara seorang individu dengan individu yang lain.2. percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, sopan santun. | Makna | 30.04.2008 |
Tuan, Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Satu lagi pertanyaan tuan. Iaitu, penggunaan sendi kata 'di' Mengikut Kamus Dewan Bahasa ,perkataan 'kalangan' ialah golongan atau lingkungan. Ini bererti golongan itu merupakan orang bukan tempat. Tetapi selalu saya baca ayat misalnya '" untuk menyemai bakat mewarna di kalangan kanak-kanak. Sedangkan sendi kata 'di' itu digunakan untuk tempat, bukan orang.Jestru itu, yang mana satukah yang betul, 1. Di kalangan kanak-kanak kah?, 2. Kalangan kanak-kanak kah ?( tiada sendikata di) atau 3. Dalam kalangan kanak-kanak ? Mohon khidmat nasihat tuan. Terima kasih. Musa Rashim | Frasa "di kalangan" dan "dalam kalangan" kedua-duanya banyak digunakan, namun frasa yang paling tepat ialah "dalam kalangan". Kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak, manakala kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. | Tatabahasa | 24.05.2012 |