1.Kita mesti lintas di lintasan belang. 2.Kita mesti lintas( jalan) di lintasan belang. Adakah kedua-dua ayat ini betul? | Kedua-dua ayat adalah betul dan boleh digunakan. 1.Kita mesti lintas di lintasan belang. 2.Kita mesti lintas jalan di lintasan belang. | Tatabahasa | 03.05.2013 |
1. Apakah istilah untuk garisan kuning berbonggol yang digunakan di jalan raya untuk memperlahankan kelajuan kenderaan. 2. (a) Abu pergi ke sekolah pada setiap hari. (b) Abu ke sekolah pada setiap hari. Yang manakah betul bagi ayat-ayat di atas. | 1. Garisan kuning yang dimaksudkan ialah garisan untuk melintas/lintasan zebra/lintasan belang. 2. Ayat yang betul ialah Abu pergi ke sekolah (pada) setiap hari. | Tatabahasa | 17.05.2010 |
salam, 1-Adakah ejaan setor salah? Adakah salah dari segi tatabahasa atau bahasa ? 2-Adakah penggunaan naiktaraf betul? 3-Adakah betul Ketua Bahagian Pembendaharaan?Jika salah apakah bentuk kesalahan tersebut? 4-Ayat 'lintasan jalan kaki' ,adakah betul ayat ini? Terima Kasih | 1. Ejaan yang betul ialah stor; Sistem ejaan baru mengekalkan ejaan gugus konsonan untuk kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. 2. Penggunaan "naik taraf" betul. 3. Ketua Bahagian Perbendaharaan. 4. Istilah yang betul ialah "lintasan pejalan kaki". | Tatabahasa | 19.03.2013 |
1. memberi dorongan / memberikan dorongan 2. Membaca banyak mendatangkan faedah kepada kita/ Membaca mendatangkan banyak faedah kepada kita. 3. Apabila tiba di / ke lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan. 4. Kita harus sentiasa berjaga-jaga demi menjaga keselamatan kita/ keselamatan kita. | Berikut ialah jawapan yang betul: 1. Memberikan dorongan tetapi perlu ditambah kepada siapa. 2. Kedua-duanya betul. 3. Apabila tiba di lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas (telah tiba, gunakan "di"). 4. Kita harus berjaga-jaga demi keselamatan kita. | Tatabahasa | 21.04.2010 |