| Salam sejahtera, Kita difahamkan umumnya semua kata majmuk kini dieja sebagai gabungan perkataan yang berasingan kecuali untuk 30 kata majmuk sahaja seperti tanggungjawab, jawatankuasa, singgahsana dll. Bagaimanapun, tidak mudah untuk kami menjejaki 30 perkataan ini. Mohon bantuan pihak dewan untuk menyenaraikannya. Terima kasih, Liong | Perkataan yang penggunaannya telah mantap dan dieja sebagai satu perkataan boleh dirujuk dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 134 dan 135. Perkataan yang disenaraikan adalah seperti yang berikut: 1. antarabangsa 2. bumiputera 3. jawatankuasa 4. kakitangan 5. kerjasama 6. matahari 7. olahraga 8. setiausaha 9. sukarela 10. suruhanjaya 11. tandatangan 12. tanggungjawab 13. warganegara | Ejaan | 14.04.2012 |
| Salam sejahtera, (i) Kita difahamkan patut digunakan istilah 'baharu' menggantikan istilah 'baru' dalam semua penulisan rasmi. Ada maklumat lanjut/laman rujukan mengenainya? (ii) Makluman: Ada ralat dalam laman ini di bawah subtajuk 'Pengesahan Bahasa', iaitu tertaip 'samada ada': Ruangan Iklan adalah merupakan satu kemudahan ... samada ada iklan bergambar, ... Sekian, terima kasih. Liong | 1. Kata baru dan baharu kedua-duanya betul, namun penggunaannya dibezakan mengikut konteks ayat. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. Walau bagaimanpun penggunaan frasa buku baru dan kereta baru juga adalah betul. 2. Terima kasih atas maklumat yang diberikan, kami akan menyemak dan membetulkannya dengan kadar segera. | Tatabahasa | 14.04.2012 |