Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.put] | ليڤوت

Definisi : ; berliput 1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh: kebanyakan tanah pamah di lembah sungai ~ tebal dgn tanah lanar; 2. ki terselindung, tersembunyi: kata raja kata ~; meliputi 1. menutupi, memenuhi: daratan kita sekarang pd suatu masa dahulu diliputi air; 2. ki menyeluruhi, melingkupi, menyelubungi: rancangan pembangunan yg menye­luruh ~ segenap daerah dan pelosok; wajah isterinya diliputi kemuraman; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll): di dlm nama-nama, ~ selebih­-lebih sifat drpd segala sifat kelebihan dan kesempurnaan; liputan 1. sesuatu yg meliputi (menyeliputi, memenuhi, menutupi) sesuatu: ~ salji di kemuncak gunung; 2. = ~ berita perihal membuat laporan tentang sesuatu peristiwa atau satu siri peristiwa (dlm jurnal, akhbar, dsb): dia ditugaskan membuat ~ dlm persidangan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.put] | ليڤوت

Definisi : ; meliputi 1 menjadi sbg tutup pd; menutupi: Air ~ kebanyakan permukaan bumi. 2 ki melingkupi atau merangkum beberapa hal: Tugas polis wanita ~ seluruh tugas polis lelaki. terliput 1 tertutup oleh sesuatu. 2 termasuk atau terkurung dlm sesuatu kawasan dll. liputan 1 apa-apa (spt pasir, salji) yg meliputi atau menutupi sesuatu yg lain: Sejauh mata memandang, hanya ~ salji yg kelihatan. 2 laporan ttg sesuatu peristiwa yg sedang berlaku (berlangsung) utk media massa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liput
Kata Terbitan : meliputi, terliput,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sekolah saya telah mengadakan perkhemahan ke / di Hutan Liput Templer.Ayat yang betul ialah Sekolah saya telah mengadakan perkhemahan di Hutan Lipur Templer. Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265. Tatabahasa23.03.2010
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat mana yang betul. 1. Badan kucing dilitupi bulu. 2. Badan kucing diliputi bulu. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, maksud liput dan litup adalah seperti yang berikut:

litup bermaksud tertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan; melitupi - menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi; terlitup - tertutup (tertudung) rapat-rapat; litupan - (Geo) sesuatu yg melitupi

liput bermaksud  1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh 2. (kiasan) terselindung, tersembunyi; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll)

Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan, iaitu dilitupi dan diliputi boleh digunakan.
Makna25.05.2012
Mana yang lebih tepat: ruang lingkup atau ruang litup ?

Kedua-duanya betul, ruang lingkup sama maknanya dengan ruang liput atau ruang litupan.

Istilah29.11.2009
Apakah perbezaan antara perkataan 'diliputi' dan 'diselubungi' dari segi penggunaannya? Tolong terangkan perbezaan itu dengan ayat contoh. Terima kasih.Dalam kamus Dewan liput bermaksud berselubung, bertutup, dipenuhi oleh. Oleh itu, diliputi sama maksudnya dengan diselubungi.Contoh ayat, wajah isterinya diliputi/diselebungi kemuraman.Makna04.03.2009

Kembali ke atas