salam, saya ingin bertanya tentang apa yang dimaksudkan dengan literasi bahasa melayu. apakah perkara-perkara yang terdapat dalam literasi bahasa. | Literasi bermaksud kebolehan seseorang menulis dan membaca ataupun perkataan lain ialah celik huruf. Maksud umum bagi literasi bahasa Melayu ialah celik bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan penjelasan yang jelas, sila rujuk buku-buku berkenaan atau pusat bahasa di IPTA. | Makna | 26.04.2012 |
sy guna komik yang dilukis sendiri untuk mengambarkan plot cerita dalam komsas. sangat berkesan untuk kelas corot. dalam PMR 2011, semua lulus 100% walau 6 orang tahap literasi bahasa sangat rendah..subjek lain mereka gagal..he..he.. kelas bahasa jadi menarik.. | mengapakah saudara memilih komik Doraemon? Boleh berkongsi? | Lain-lain | 07.06.2012 |
Saya berasa musykil tentang diftong, vokal berganda, digraf dan konsonan berganda yang diajar dlm buku teks tahun 2 KSSR. Dan saya bukan orang pertama yang keliru dengan pendekatan dalam buku teks itu. Adakah wajar perkara yang mengelirukan itu diajar dengan sekadar touch n go kepada kanak-kanak yang baru hendak mengenal bahasa?Bukan itu sahaja, ayat majmuk dan ayat tunggal juga di ajar dengan hanya mewarnakan perkataan itu dengan harapan murid tahun dua dapat membezakannya. Sesuatu perlu dilakukan oleh DBP sebagai penasihat bahasa kebangsaan untuk mengubah isu/cara touch n go ini bagi terbitan buku teks seterusnya. | Untuk makluman puan, penyediaan bahan dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 2 SK tidaklah dibuat secara touch n go sahaja. KSSR pada Tahap 1 (Tahun 1-3) menitikberatkan kemahiran literasi dan aplikasi bahasa pada peringkat asas. Murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis terlebih dahulu, manakala aspek seni bahasa dan tatabahasa menyokong bahan yang dipersembahkan. Pendekatan untuk mengenali konsep diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan berganda dalam buku teks Tahun adalah merupakan pendekatan pembelajaran bahasa yang lebih santai dan secara didik hibur sesuai dengan tahap murid Tahun 2. Hal ini sebagaimana yang telah dinyatakan dalam halaman pendahuluan (iv-v). Murid hanya diminta mengenali perkataan yang berkaitan yang ada dlm buku teks dan buku aktiviti dengan kemahiran dengar dan sebut/tutur, misalnya hlm 2, Kemahiran Membaca hlm 3 dan kemahiran Menulis hlm 4. Murid tidak diberatkan dengan penghafalan set definisi konsep tetapi lebih kepada upaya menyebut, membaca dan menulis perkataan yang berkaitan. Aktiviti ini seupaya mungkin diaplikasikan dalam pengajaran dalam bilik darjah oleh guru. Perincian tentang definisi/konsep diftong, vokal berganding digraf dan konsonan berganda kerana hanya didedahkan atau diperincikan dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3. Begitu juga halnya dengan kaedah mengenal pasti ayat majmuk dan ayat tunggal. Murid Tahun 2 hanya menggunakan kemahiran membaca ayat misalnya hlm 7, tidak perlu menghafal definisi ayat tunggal atau ayat majmuk secara terperinci tetapi sekadar boleh menyebut, membaca dan menulis jenis ayat tersebut. Pemeringkatan kefahaman tentang ayat tunggal dan ayat majmuk dilaksanakan lebih mendalam dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3. Perhatian puan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih. | Tatabahasa | 15.05.2013 |